Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Jumaat, 18 Julai 2014

Susu Ibu vs Susu Formula

Assalam...

Semua mesti tau kebaikan susu ibu berbanding susu formula. Susu ibu terhasil secara semulajadi selepas melahirkan. Tak perlu bancuh dan ianya sedia untuk diminum. Senang, kan!

Tapi, tidak dgn aku yg termasuk dlm katogeri tidak bernasib baik. Bak po pulok??? Org kata, waktu dlm pantang ni le susu berlambak-lambak sampai leh buat stok Expressed Breast Milk (EBM). Tapi, aku....huuaaaaa. Ibarat kais pagi makan pagi. Tak kais, tak makan. He, he... ada paham ke?

Susu aku tak banyak. Nak dapatkan 20 ml pun kekadang tu seksa. Masa Irsyad dok di wad, banyak le jugak keberhasilannya. Pernah leh dapat hampir 90 ml. Tapi, sekarang dah makin merundum. Kenapa???

Aku tanya dan aku jawab sendiri, ye! Mungkin sebab aku dah kurang mengepam, kurang minum air, kurang makan, selalu skip pil vitamin dan tak ambil supplement lain sebab anak masih jaundis.

Hanya berbekalkan sedikit kekuatan dan semangat, kugagahkan diri mengepam juga. Sekurang-kurangnya ada juga le utk sekali minum. Kekadang tu datang juga angin frust. Rasa nak baling je breast pump ni. Tapi, nyamuk tak bersalah, kan!

Sape kata tak bersalah!! Pasal nyamuk le ada penyakit Aedes, JE...dak gitu. Tak kira le.

Harap Irsyad cepat naik berat badannya. Terkini beratnya ngam 2 kg (timbang pada 16/7/14). Tadi, suami ada cakap, raya nanti raya kat rumah ni je. Tak balik kampung sebab Irsyad kecik sangat lagi. Huuuaaaa..... (asyik melalak je, mama ni). Harap mak aku leh datang beraya kat rumah aku ni (cam tak de harapan je). Daaahhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.