Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Isnin, 14 Julai 2014

Resepi Berpantangku 2

Assalam...

Nak kongsi resepi berpantang seterusnya. Kali ni guna spaggeti pulak. Aku dah makan dan selamat. Enkorang tak tau le. Lain org, lain rasanya. Mi kuning dan bihun masih pantang lagi.

Kita terus ke resepi, ye!

Spaggeti Goreng Ala Pantang

Bahan-bahannya:

Spaggeti (agak-agak utk 2 kali makan)              1 biji bawang merah @ 1/2 biji bawang Holland (hiris halus @ dadu)

5 ulas bawang putih (didadukan)
Sedikit ayam @ daging (potong kecil)
Sawi, lobak merah dan peria (boleh ganti dgn sayur lain yg ibu berpantang leh mkn)
Sedikit ikan bilis (goreng garing dan hancurkan)
Garam, serbuk perasa dan serbuk lada hitam
Minyak zaitun

Cara Penyediaan:

Rebus spaggeti bersama sedikit garam hingga masak dan toskan.

Tumis bawang merah dan bawang putih dgn minyak zaitun hingga naik bau.

Masukkan lobak merah dan peria. Tambah sedikit air utk empukkan sayur. Bila hampir masak, masukkan ayam. Goreng sebentar dan masukkan sawi.

Perasakan dgn garam, serbuk perasa dan serbuk lada hitam.

Masukkan spaggeti dan serbuk ikan bilis tadi. Jika agak kering, boleh tambah sedikit minyak zaitun. Gaul rata. Jika suka, boleh tambah serbuk cili ketika nak makan.

Selamat mencuba. Daaahhh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.