Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Jumaat, 25 Julai 2014

Bersalaman Di Hari Raya

Assalam...

Hari raya bakal tiba. Pasti akan ada aktiviti salam menyalam, kan. Dengan jiran tetangga, mungkin tak ada masalah sebab hukumnya jelas, bukan mahram, haram bersentuhan. Tapi, akan jadi masalah bila dengan sanak-saudara yg bertingkat-tingkat hubungannya.

Maka di sini, aku nak kongsikan urutan bukan mahram dalam keluarga yg tak boleh salam masa raya:

Lelaki:-
1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4. Adik beradik perempuan emak mertua
5. Anak perempuan adik beradik isteri
6. Kakak Ipar
7. Adik Ipar perempuan
8. Sepupu perempuan
9. Sepupu Ayah (perempuan)
10. Sepupu Emak (perempuan)


Perempuan:-
1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik beradik lelaki bapa mertua
4. Adik beradik lelaki emak mertua
5. Anak lelaki adik beradik suami
6. Abang Ipar
7. Adik Ipar Lelaki
8. Sepupu Lelaki
9. Sepupu Ayah (lelaki)
10. Sepupu Emak (lelaki)

Aku copy paste dari WhatsApp yg dihantar oleh kawan. Harap boleh dimanfaatkan. Daaahhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.