Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Isnin, 14 Julai 2014

Resepi Berpantangku 1

Assalam...

Hari ni hari ke 17 berpantang. Sekejap je masa berlalu. Baby Irsyad masih di NICU. Hari ni, aku tak pergi melawat babi sebab suamiku dah pergi tengah hari hantar susu.

Ok, berbalik pada tajuk. Aku nak kongsi resepi berpantang beberapa hari lepas iaitu Ikan Bawal Masak Asam dan Sawi & Peria Goreng Ikan Masin.

IKAN BAWAL MASAK ASAM


Bahan-bahannya:
1 ekor ikan bawal putih
1 inci halia (hiris halus)
3 ulas bawang putih (hiris halus)
1 biji bawang merah (hiris halus)
1 -2 sudu kecil pes asam jawa (aku guna Adabi)
Air
Sedikit serbuk lada hitam
Garam, gula, perasa secukup rasa

Cara Penyediaan:
  • Goreng ikan bawal yg telah dilumur dgn serbuk kunyit, garam dan sedikit tepung jagung. Angkat.
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  • Masukkan pes asam jawa yg telah dibancuhkan dengan air (air ikut byk mana nak kuahnya).
  • Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa dan serbuk lada hitam.
  • Bila kuah dah ok, curahkan atas ikan tadi.

SAWI DAN PERIA GORENG IKAN MASIN


Bahan-bahannya:
2 pokok sawi
Sedikit peria
1 biji bawang merah (hiris halus)
2 ulas bawang putih (hiris halus)
Sedikit ikan haruan masin (potong kecil)
Garam, gula dan serbuk perasa
Serbuk lada hitam
Sedikit air

Cara Penyediaan:
  • Potong sawi dan peria, basuh & tos.
  • Goreng ikan masin hingga garing. Angkat.
  • Dgn minyak yg sama, tumis bawang merah, bawang putih hingga wangi. 
  • Masukkan ikan masin, peria dan sedikit air utk empukkannya.
  • Bila dah hampir empuk, masukkan sawi.
  • Perasakan dgn garam, gula, serbuk perasa dan serbuk lada hitam.
  • Goreng sebentar dan angkat.

***** Garam jgn byk sgt sebab ikan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.