Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Rabu, 2 Julai 2014

Hari Ke 7 Sudah

Assalam...

Dah seminggu aku bersalin tapi baby masih di NICU, masih belum didaftarkan & masih belum diumumkan namanya pada suami, abg baby dan kawan-kawan. Sebenarnya, nak tunggu baby balik rumah tapi takut melebihi tempoh mendaftar 14 hari lak. Cam ne?

Gini le katil babyku dan peralatan yg diguna utk pantau dia.

Gambaran wayar yg ada ditubuh babyku.

Cian dia bila tengok tiub dalam mulut dia. Petang kelmarin aku pergi melawat dan baby nangis. Tengok gaya cam nangis beria-ia dan berair sikit mata dia. Tapi....tapi....babyku nangis tanpa suara. Alololo....cian dia. Sampai merah-merah badan dia yg cam putih melepak tu.

2 anak aku sebelum ni tak de cerah cam gitu. Semua hangus, lebih-lebih lagi yg nombor dua, Ahda. Sekarang je nampak cam cerah sikit. Tapi, alhamdulillah dia lasak dari abangnya, Adam.

Aku sebenarnya dok tunggu nurse datang melawat. Mana le tak datang lagi ni. Aku nak start proses memerah ni. Ok le. Nanti citer lagi. Daaahhh.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.