Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Ahad, 27 Julai 2014

Bayi Kuning (jaundice), Apa Perlu Anda Tahu?

Assalam...

Masih memperkatakan berkenaan kuning bayi tapi kali ni aku copy paste dari blog ini:
http://bidanbersalin.blogspot.com

Apa itu jaundis?
Jaundis di kalangan bayi dikenalpasti daripada mata dan kulit yang berwarna kekuningan. Sebanyak 75% daripada bayi baru lahir mendapat jaundis.

Apa yang menyebabkan jaundis?
Tubuh manusia menghasilkan darah baru dan menghapuskan darah lama setiap masa. Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia diproses di dalam hati dan dibuang melalui najis dan air kencing. Walau bagaimanapun, hati bayi baru lahir tidak berfungsi begitu sempurna. Oleh itu, tahap bilirubin akan bertambah di dalam badan. Keadaan inilah yang menyebabkan jaundis.

Bayi yang bagaimanakah sering mendapat jaundis?
~ Bayi Pramatang
~ Bayi yang mengalami infeksi
~ Bayi kekurangan G6PD
~ Bayi yang tidak mempunyai keserasian kumpulan darah dengan ibunya contohnya ibu mengalami Rhesus Negatif (Rh-ve), ibu dari kumpulan darah jenis O.

Apakah jaundis merbahaya?
Jaundis yang teruk atau tahap bilirubin yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kepekakan, kecederaan otak dan kematian bayi.

Apakah tanda-tanda bayi dalam bahaya?
Apabila bayi anda mengalami:
~ Jaundis dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
~ Jaundis mencapai sehingga ke paras bawah pusat.
~ Kurang aktif, tidak sihat atau       demam
~ Enggan menyusu
~ Mengalami kekejangan
~ Jaundis berterusan melebihi 14 hari
~ Najis bayi pucat atau air kencing berwarna teh.

Apa yang perlu dilakukan oleh ibubapa sekiranya bayi mengalami jaundis?
~ Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berhampiran
~ Jalani ujian darah bagi memastikan tahap bilirubin dalam darah bayi
~ Elakkan dari menjemur bayi di bawah cahaya matahari
~ Tingkatkan kekerapan penyusuan bayi dengan susu ibu.

Apakah masalah jangka panjang daripada jaundis?
Sekiranya tidak dirawat dengan segera bayi boleh mengalami:
~ Masalah pendengaran (pekak)
~ Masalah pembelajaran
~ Kecacatan intelektual
~ Palsi serebrum (cerebral palsy)

Penilaian Jaundis Pada Bayi (Peraturan Kramer)

Tahap Jaundis:
Sedikit

Bahagian Badan:
Kepala & Leher, Bahagian tubuh atas pusat

Julat Serum Bilirubin:
4-8 mg/dl
5-12 mg/dl

Tahap Jaundis:
Sederhana

Bahagian Badan:
Bahagian tubuh dan peha (bawah pusat)

Julat Serum Bilirubin:
8-16 mg/dl

Tahap Jaundis:
Teruk

Bahagian Badan:
Lengan & bahagian bawah kaki, tapak tangan dan kaki

Julat Serum Bilirubin:
11-18 mg/dl
melebihi 18 mg/dl

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.