Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Jumaat, 13 September 2013

Selesai Sudah Konvokesyen

Assalam....

Kembali bersiaran. Errr...bukan aku yg berkonvo tapi student aku. Alhamdulillah konvokesyen yg ke 27 telah berlangsung pd 11 - 12 September 2013 bertempat di Dewan Wawasan (DW) yg jaraknya lebih 14 km dari tempat pengajian. Dah 3 kali konvo di sini. Pertama kali sekitar thn 2008 kerana dewan dalam proses penyelenggaraan. Kali kedua pada konvokesyen ke 26, gara-gara dewan utama terbakar, sehinggalah konvo kali ini pun masih di DW, sebab Dewan Utama POLIMAS belum dibaikpulih.

Dewan Utama POLIMAS yang terbakar pada 16/3/2012
Makanya, dari Selasa hinggalah Khamis, kami AJK yg terlibat telah berkampung di DW. Seronok & rasa lapang sebab tak perlu fikirkan pasal kuliah, hu, hu...!! Pada Selasa, seawal jam 8 pg kami berkumpul di DW utk raptai esoknya. 1.30 pm raptai selesai & pelajar ke POLIMAS utk ambil jubah.

Pada Rabu iaitu hari pertama konvo, diploma akan dianugerahkan oleh YTM Tunku Panglima Besar Kedah

Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Pada hari kedua sesi pertama, diploma akan dianugerahkan oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Paduka Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir dan sesi kedua oleh Pengarah Bahagian Kurikulum & Latihan Kerjaya, Jabatan Pembangunan Politeknik, Tn Hj Mohd Ghaus bin Ab Kadir.


Aku bertugas sebagai Pemandu Lulusan Jab. Perdagangan. Kerjanya senang juga tapi cukup mendebarkan bila sistem RFID jammed & salah nama graduan. Graduan Cina, nama yang diumumkan Melayu. Apa nak buat lagi, aku suruh mereka jalan jugak ke pentas. Kesilapan seterusnya bila graduan tak angkat sembah sewaktu terima diploma atas pentas. Mana le aku nak perasan. Aku cuma tengok kat tepi tangga je. Minta ampun le, ye! Bebudak ni pun satu. Kata dah rehersal. Apa ko buat waktu atas pentas tu????
Banyak lagi kesilapan yang tak dijangka sewaktu majlis bersama tunku puteri berlangsung. Begitu le manusia, tetap akan buat silap walau dah otai sekalipun. Hanya Allah jua yg sempurna.

Hari kedua berlangsung dengan lancar sekali. Tiada lagi kesilapan yg dikesan cuma perangai graduan yg menyakitkan hati. Keluar masuk ke tandas le, bawa masuk makanan le. Pakai kemeja tak pakai tali leher. Pakai kasut sukan. Buat rambut fesyen skinhead, tak pasal-pasal budak Cina tu kena pakai songkok. Tapi, tak salah pun. Bukan makna pakai songkok tu melambangkan Islam. Relaks brader. Sapa suruh lu cari pasal. Silalah belajar hormatkan majlis, ye!

Majlis berakhir hampir pukul 2.00 pm. Disebabkan kereta kawan yg aku tumpang tu dihalang oleh kereta lain & jalan sesak, maka kami jalan- jalan ke gerai yg ada di situ. Kemudian dapat jemputan makan tengah hari di bilik santapan di raja bersama Tn Hj Mohd Ghaus Ab Kadir. Bos kami le tu. Alhamdulillah, rezeki kami tengah hari ini ialah ayam kurma, udang masak lemak, ikan masak merah, acar telur & buah-buahan.
Hampir 3.30 pm kami dah selamat berada di rumah. Alhamdulillah, selesai sudah. Nanti aku citerkan pulak pasal persediaan aku untuk konvo yg mengalahkan graduan yg nak konvo tu sendiri. Muahaha....!! Daaaahhh.

Ketika raptai pada sebelah petang (Selasa, 10/9/2013)
Bersama team Pemandu Lulusan pada sidang terakhir (Khamis, 12/9/2013). Gambar gelap, weiiiii!!
Di aras 2, Dewan Wawasan
Rezeki kami pada penutup konvo (Khamis, 12/9/2013)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.