Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Jumaat, 13 September 2013

Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Assalam....

Dah lama dah aku masak sambal ni tapi malas nak menaip. Sekarang dok tengah ada mood nak memblog, maka barulah muncul.

Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Bahan-bahan:
Segenggam ikan bilis (ikut genggaman aku yg keding ni, kuatitinya sikitlah)
3 sb bawang kisar
1 sb cili kisar ( nak pedas, tambahlah lagi)
1 sudu tempoyak
Sehelai daun kunyit (kalau tak suka, tak payahlah letak)
Garam & gula

Cara-caranya:
Tumis bawang & cili kisar hingga   agak garing & masukkan tempoyak. Kacau rata. Boleh tambah sedikit air kalau agak pekat. Kacau lagi seketika.
Kemudian, masukkan ikan bilis (udang basah pun boleh juga) bersama-sama dengan daun kunyit yg dikoyak kecil (boleh juga nak dimayang halus). Kacau rata.
Perasakan dengan garam & gula. Kalau agak pekat, boleh tambah sedikit air. Pandai-pandai le ikut kesukaan masing-masing. Dah siap. Sedap.

Selamat mencuba.

Tumis bawang & cili kisar
Masukkan tempoyak & kacau rata.
Masukkan ikan bilis dan gaul sebati.
Masukkan daun kunyit & kacau lagi.
Kejadiannya......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.