Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Jumaat, 13 September 2013

Persediaan Terlampau Pra-konvo

Assalam...


Yeehaaa...persediaan yg lebih dari graduan yg nak konvo tu sendiri. Seminggu sebelum konvo, aku dah mula cari barang itu ini. Ada yg aku pergi cari dengan suami, ada yg aku pergi sendirian. Hasilnya, tadaaaaa...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pouch @ Beg kecil untuk pergerakan yang selesa
4 jenis tudung dengan satu inner tudung. Inner & tudung yg pertama tu tak pakai pun.
Skirt pelbagai potongan. Yg hijau pakai waktu raptai je.
Yang coklat je pakai untuk konvo sebab tapak lebih rendah. Namun menyakitkan urat keting aku.
Semuanya berjumlah RM369.10. Seronok sangat sebab suami pu cukup sporting walau masa ajak cari barang tu dah pukul 6.00 pm. Terima kasih, ye Encik Suami. Rasanya mood shoppingku dah berjaya disemarakkan. Rasa nak pergi shopping tudung lagi. Maklumlah, sekarang kan dah ada macam-macam fesyen tudung. Terima kasihlah kepada pereka-pereka fesyen tudung tu.
Lepas ni nak pergi tempah blazer baru pulak. Warna hitam. Blazer lama yg ditempah oleh jabatan pada tahun 2000, dah rosak kainnya. Alhamdulillah dengan rezeki yg ada. Masih mampu berbelanja walau harga barang semakin naik. Moga Allah lembutkan hati aku untuk banyak menderma & terus murahkan rezeki aku. Amin. Daaaahhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.