Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Isnin, 16 September 2013

Apam Tepung Beras....salah resepikah?

Assalam.

Dah lama teringin nak buat apam tepung beras ni, tp petang tadi baru buat. Masalah bermula bila sukatan susu cair yg digunakan utk melarutkan tepung macam tak cukup. 1 cawan tepung dgn 1/2 cawan susu, berketul jadinya. Makanya, dgn 'kebijaksaan' aku, habis satu cawan susu utk larutkan tepung.
Masalah kedua muncul bila aku nak kukus apam. Berapa minit nak kena kukus? Belek tepon utk baca resepi (aku rujuk resepi online, 'My Resepi'), tapi.....aik, sapa lak tutup internet ni!!! Kucuba on kan semula, namun 'My Resepi' tak leh buka lak. Aku main agak2 sendiri.

Bila sampai tempoh yg aku agak tu.....taraaaaaa.....terkezut den. Apa dah jadi? Nape jadi cam bingka lak ni. Keras liat, tak gebu cam apam. Dah le 'My Resepi' tak leh buka sampai ke sudah. Rasanya aku dah ikut satu2 step yg diajar. Salah baking powder ke? Salah susu ke? Sebab bahan tu dah agak lama. Lagipun aku campur susu dgn santan. Dua2 tu sejuk baru kuar peti es.

Tak pe....tak pe. Aku ni jenis kuat semangat. Akan kucuba lagi. Dah berjaya baru aku boh gambor, ye! Dah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.