Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Khamis, 5 September 2013

Hari Bahagia

Assalam....

Aku kahwin dah 13 tahun. Ulang tahun perkahwinan kami adalah pd 24 Ogos yg lalu. Hari bahagia yg aku maksudkan ialah hari-hari selepas berakhirnya audit SIRIM (Pensijilan Semula). Alhamdulillah, segalanya selamat & berjaya.


Lebih barakah apabila esoknya ada yg taja laksa & bihun goreng. Terima kasih adik Shuriyani & Ckin & yg lain-lain atas tajaan menu sampingan. Makanya, dari pagi sampai ke petang kami melantak laksa.
Sepanjang hari Selasa tu, aku makan 1 1/2 kuntum bunga kantan, minum 1 mug L.A Coffee Kopiko yg katanya rendah asid. Sambung makan lagi di rumah dgn ketam berlada & pucuk paku goreng (tanpa nasi). Aku hanya berdoa agar aku tak diserang kembung perut. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku minum segelas susu Omega Plus & sblm tidur aku makan satu sudu antacid.

Ada le sikit-sikit terasa sakit di perut. 'Bunyi mercun' usah citer le. Sepanjang mlm tu aku dok 'meletup' je. Alhamdulillah, esoknya dah kembali seperti biasa. Kalau masih 'meletup', cam ne aku nak pi ofis & berkuliah. Kes naya tu.

Hari ni rezeki lagi. Kawan ofis aku, Zurina ada bawakan cokodok durian. Boleh le buat alas perut sebab aku tak dan nak bersarapan kerana ada kelas pukul 8.00 pagi. Habis kelas kul 9.00 pagi, tengok masih ada lagi cokodok tu. Apalagi, sambung makan dengan semug milo suam.

Masih murah lagi rezeki utk hari ini krn 2.30 petang nanti ada jamuan Hari Raya oleh pihak kantin. Tp, sebab perut dah berkeroncong sebab hanya makan cokodok pagi tadi, terpaksalah aku beli nasi untuk makan tengah hari. Makanya, sikit je yang boleh masuk perut masa jamuan raya tu sebab dah kenyang.
Sekarang, perut kembali berangin & meletup tapi tak de le macam kelmarin. Hu, hu, hu....!!! Malam ni tak makan nasi sebab dah terlebih makan sepanjang hari. Kasi perut rehat pulak le, ye!!! Daaaaaaah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.