Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Isnin, 13 Oktober 2014

Baca la, weeeeii!!! Lawak ni.

Assalam...

Aku nak kongsi citer lawak yang disebar melalui WhatsApp. Tah sape penulis asalnya. Aku ada jumpa gak citer ni dipos pada 2013 dlm blog ni. Terima kasih le ye, menceriakan kami semua. Kira aku mempopularkan balik le citer ni. Yang dah pernah baca, dok diam-diam, ye! 

Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.


*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita meniarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk lakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja):
"Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira? Malam ni kita nonton berita di TV, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."


*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: 

"Tunggu. Mari kita ambil $10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".


*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "Alangkah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"
*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $80 juta dengan hanya petikan jarinya. 
Nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!
Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil  menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain! Merompak hanya contoh sahaja. Anda tidak diminta merompak.

Lalu perompak tersebut membuat laporan polis terhadap penipuan pegawai bank tersebut tentang jumlah rompakan sebenar. Ini dinamakan "BANGANG TAK BERTEMPAT".

Eeeerrrr....apakah? Sakit hati punya pasal, lupa pulak tindakan memakan diri. Tapi, puas hati, kan! Pegawai bank pun masuk lokap dan hilang pekerjaan. Muahaha....(gelak jahat).

3 ulasan:

  1. Hahahaha..
    Memang lah lawak.. Saya suka bab tunggu televesyen umum. :)

    BalasPadam
  2. Lawaknya ada pengisian...yang kadang kala kita tak perasan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Ada sesuatu pengajaran disebalik setiap perkara. Lain org, lain fahamannya. Be positive.

      Padam

Terima kasih. Moga dirahmati.