Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Ahad, 5 Oktober 2014

Awas Jika Haid Tidak Teratur

Assalam...

Bagaimana corak kedatangan haid anda. Biasa atau luar biasa? Luar biasa ialah bila ia datang di luar tempoh haid, dalam jumlah yang banyak atau jumlah yang sedikit tapi berpanjangan (melebihi tempoh biasa haid anda atau lebih 15 hari, berbau busuk dan senggugut teruk).

Sekiranya berlaku tanda-tanda di atas, segeralah berjumpa doktor O&G anda. Jangan ambil ringan. Kenapa? Bacalah kisahku ini.

Aku baru 3 bulan lepas bersalin. Waktu dalam pantang, nifasku datang sedikit-sedikit, sekejap ada, sekejap kering. Aku siap mandi wajib dan solat tapi lepas dua, tiga hari, nifas datang lagi. Begitulah sehingga 60 hari....tempoh maksimum nifas.

Beberapa hari kemudian, (tak sampai 15 hari iaitu tempoh yang diperlukan untuk dikira sebagai haid), darah datang lagi. Kali ni banyak dan siap dengan senggugut ringan...macam haid tapi sebab datang di luar tempoh, maka ia dikira darah istihadhah atau darah kotor (Selepas nifas, perlu ada selang 15 hari sebelum boleh dikira sebagai haid).
Ia berlarutan hampir 2 minggu. 

Aku pergi jumpa doktor biasa untuk dapatkan ubat berhenti darah. Aku ada citer kat sini. Bila darah dah berhenti, masalah keputihan pulak datang. Mulanya hanya kekuningan tanpa gatal, tapi kemudiannya gatal le pulak.
Aku jumpa lagi doktor klinik biasa untuk dapatkan rawatan. Doktor bagi 2 jenis ubat antibiotik (Ciprofloxacin Hydrocloride dan Metronidazole BP) dan 1 ubat alahan (Cetirizin) untuk kurangkan gatal yang dimakan selama 2 minggu. Bila habis ubat, baru gatal hilang.

Malang datang lagi kerana selang 2, 3 hari darah turun lagi tapi di luar tempoh haid. Haaaiiissshhhh....aku terus ke KMC untuk bertemu doktor pakar O&G. Aku buat ujian ultrasound, diperiksa pangkal rahim dengan menggunakan spekulum dan jari (ni doktor pompuan, tau!). Aku tak buat Pap-smear sebab tengah turun darah. Sel darah tersebut akan menganggu bacaan, menjadikannya tidak tepat.

Hasil dari pemeriksaan pangkal rahim, rahimku normal dan tiada tanda-tanda luar biasa. Dari ujian ultrasound pulak, terdapat tompokan putih dan dinding rahimku tebal seperti orang mengandung. Dikhuatiri terdapat sisa uri yang tertinggal dan dikhuatiri berkembang menjadi molar. Molar adalah bila sel-sel tubuh berkembang secara tidak normal dan boleh bertukar menjadi barah.

Oleh kerana aku bersalin secara pembedahan, kebarangkalian sisa uri tertinggal adalah sangat rendah tetapi ia tidak mustahil. Aku diminta untuk buat ujian darah untuk tahu bacaan hormon HCG. Jika hormon HCG tinggi, andaian sisa uri tertinggal adalah benar dan aku perlu menjalani prosedur cuci rahim atau D&C (dilation and curettage).

Spakulum

Prosedur D&C

Keputusan ujian darah akan mengambil masa beberapa hari. Doktor yang merawat aku kata yang dia akan telefon aku segera jika ada masalah. Waktu aku menulis ni dah masuk hari ke 5 selepas ujian darah. Aku masih belum terima panggilan dari KMC. Aku harap semuanya baik-baik saja.

Masa rawatan tersebut, aku diberi sejenis ubat hormon iaitu Norethisterone yang perlu diambil 2 biji sehari selama 3 minggu. Ia bertujuan mengatur semula kitaran haid aku. Katanya, ubat ini akan menghentikan darah kotor aku ni. Selepas aku berhenti makan ubat ini, haid aku akan kembali.

Norethisterone

Allah menduga aku. Moga aku tabah hadapi segala kemungkinan. Ya Allah, sembuhkanlah aku. Aamiin. Daaahhh.

5 ulasan:

  1. Milapun makan pil ni norcolut.masalah mila haid tak teratur dan banyak...doktor kata xada masalah apa apa...tp bila priot mila perlu rehat 2/3 haribaru priot berhenti... Rehat yg betul betul rehat...lsg x bt kerja

    BalasPadam
  2. Akak mkn pil ni tapi mcm tak de kesan. Dokt. kata patut period berhenti & akan dtg balik bila habis ubat. Tp, period akak tetap cam biasa. Dah berhenti 3 hari & dah solat, tetiba dtg lg pada hari ke 13. Nak kena rujuk dokt. semula lebih awal dari tarikh temujanji. Tunggu habis audit SIRIM dulu.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum, boleh tak puan berkongsi apa hasil.penemuan doktor? Saya juga mengalami masalah yg sama, darah taknak berhenti selepas melahirkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Kak baru jengah semula blog ni. Maaflah. Harap mamaizzah dah sihat. Kak masih ada masalah period tak menentu ni sekali-sekala. Doktor masih bagi ubat hormon tapi kak tak makan pun. Kak pi klinik utk scan dan pastikan tiada yg serius. Yes...period tu stop sendiri. Skrg kak ambik EPO je. Alhamdulillah, dlm masa yg sama masalah keputihan pun tiada. Ni semua pasal hormon tak seimbang.

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Terima kasih. Moga dirahmati.