Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Selasa, 21 Oktober 2014

Alhamdulillah, Irsyad Dah Sihat

Assalam...

Pagi tadi Irsyad ada temujanji di HSB. Ambil darah dan jumpa doktor. Alhamdulillah, orang tak ramai waktu mendaftar dan nombor giliran pun tak besar. Bermakna tempoh menunggu tak lama sangat. 

Mendaftar dalam pukul 9 am dan tunggu giliran ambil darah. Lepas selesai ambil darah, tunggu nombor dipanggil untuk jumpa doktor. 12.15 pm masuk jumpa doktor dan 12.30 pm selesai.

Hari ni Irsyad 3 bln 3 minggu. Minggu depan genap 4 bulan. Tapi, mengikut adjusted @ corrected age, Irsyad baru 2 bulan setengah. Sebab tu le sekarang leher dia masih lembik dan tak boleh mengiring lagi. Kalau dukung, masih kena ampu leher dan kepala, kalau tidak nanti goyang kiri kanan, depan belakang.

Mengikut Dr Zubaidi dalam penulisannya di facebook, bayi pramatang ada dua umur iaitu umur kronologi (chronological age) dan umur yang disesuaikan (adjusted age).

Umur kronologi adalah umur yang dikira bermula selepas dilahirkan. Contoh kes, Irsyad dilahirkan pada 26/6/2014). Makanya, kalau berdasarkan tarikh ini, umur Irsyad sekarang ialah 15 minggu @ 3 bulan 3 minggu.

Umur yang disesuaikan adalah umur bayi yang sebenarnya, dikira mengikut tarikh bayi itu sepatutnya dilahirkan (due date). Contoh kes, Irsyad sepatutnya dilahirkan pada 6/8/2014. Jika berdasarkan tarikh ini, umur Irsyad sekarang ialah 2 bulan 3 minggu.

Dr Zubaidi menyarankan para ibubapa harus memberitahu bahawa anak mereka lahir secara pramatang supaya doktor dan jururawat dapat mengira semula umur bayi menggunakan ‘umur yang disesuaikan’ dan bukan menggunakan ‘umur kronologi’ bagi menilai perkembangan fizikal dan mental bayi.

Dr Zubaidi juga menasihatkan kepada ibubapa supaya jangan bimbang jika bayi kelihatan ‘ketinggalan’ dari segi berat badan dan perkembangan mental mereka berbanding dengan bayi yang dilahirkan pada tarikh yang sama.

Mereka mula ‘menyaingi’ rakan-rakan mereka apabila mereka mencapai umur 2 atau 3 tahun. Pada ketika itu, perbezaan fizikal dan mental mereka bukanlah disebabkan faktor kelahiran pramatang lagi. Ia disebabkan pelbagai faktor seperti kesihatan dan genetik.

Sumber: 


Itu yang aku selalu lupa. Aku selalu 'paksa' Irsyad berlatih mengiring dan kuatkan leher dia dengan tarik tangannya waktu baring supaya duduk tegak. Rupanya perkembangannya sekarang mengikut adjusted age dia. Sorry ye, Irsyad.

Hasil dari ujian darah dan pertemuan dengan doktor pagi tadi, enzim hati Irsyad dah normal. Tak perlu ambil lagi ubat Alfacalcidol (hanya habiskan yang sedia ada). Cuma keputusan untuk ujian darah waktu dalam wad je masih belum diterima.

Doktor kata, itu ujian untuk paru-paru. Pulak. Aku ingat ujian hati. Doktor tu juga kata, keputusan tu lambat sebab ujian tersebut jarang dibuat. Aku malas nak pertikaikan apa-apa. Tapi, aku berani isytiharkan anak aku dah sihat sepenuhnya sekarang kecuali....

Hernia. Pusat dia dah tak menonjol lagi tapi kantung telurnya kekadang bengkak sikit. Bermakna, masih ada lubang dan usus masih boleh turun. Doktor kata, kebarangkalian untuk lubang itu tertutup adalah tipis. Tapi, tak mustahil, kan!

Aku masih menyimpan harapan untuk Irsyad tidak dibedah. Hingga ke hari ini pun, aku masih belum menerima panggilan dari Klinik Pembedahan, HSB. Legakah? Entahlah. Aku mengharapkan yang terbaik untuk Irsyad. Kalau bedah itu baik, aku redhakan aja.

Berat Irsyad hari ini ialah 5.7 kg. Haaaa...tang berat tu tak ikut adjusted age, lak! Alhamdulillah.
Hari ni jugs, abah mama cari pasal dengan beli susu formula baru untuk Irsyad...Friso Step 1 menggantikan Enfalac A+ Gentle Ease (langkah penjimatan menangani kenaikan harga minyak dan barangan runcit...ngeh, ngeh!!). Tak cuba lagi susu tu. Harap sesuai le dengan Irsyad.....tak cirit, tak sembelit.

Tarikh temujanji Irsyad seterusnya di HSB ialah 3 bulan lagi iaitu pada 26/1/2015. Birthday Irsyad yang ke 7 bulan (mengikut umur kronologi). Itu saja. Daaahhh.

Hari ke 20, 1.96 kg












Terkini, selepas balik dari HSB, 5.7 kg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.