Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Ahad, 29 Jun 2014

Set Bersalin Anugerah

Assalam...

Ha, ha....rajin pulak aku update blog masa dlm pantang. Almaklum le, baby masih di NICU. Banyak le masa mama.

Set Bersalin Anugerah ni memang idaman kalbu waktu sebelum ngandung lagi. Di saat akhir, suruh suami beli set normal tapi dia bantai set medium. Ada dua produk le yg kena sedekah kat rakan preggy lain iaitu Air Selusuh & Bengkung Panjang. Rugi je beli mahal-mahal. Harga tertera RM288 tapi slps diskaun dapat le RM258. Masih mahal pada aku. Haish..!!!

Bahagian hadapan

Bahagian belakang

Kat dlm set ni ada minyak urut utk ibu, minyak telon utk bayi, minyak pilis (ni yg aku suka sbb biasanya pilis dlm btk serbuk, boh air & sapu. Bila kering, berterabur jatuh...tak suka, tak suka), cecair pencuci faraj, minuman herba (tapi rasanya spt pati kurma @ prun gitu. Manis & tiada rasa herba), losyen badan bau epal hijau, serbuk mandian/sauna (yg ni aku akan guna bila luka czer dah kering), tungku herba (yg ni aku akan guna bila tempat luka dah tak sakit & aku larat nak kukus sendiri. Dok asyik suruh org, ada yg bertukar jadi naga pulak), minyak selusuh & barut panjang. Ok, dak?

Lepas habis pantang, aku review balik kesan sebenar dia pada ibu berpantang, ye! Daaahhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.