Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Selasa, 24 Jun 2014

Hari Terakhir

Assalam...

Yup, hari ni hari terakhir aku di rumah sebelum check in di HSB. Sedih le pulak. Sebab pertama, aku kena tinggalkan mereka semua di rumah. Kedua, Ahda tak sihat, selalu ngadu sakit perut; dan ketiga sebab aku tak sempat buat apa2 ~ kemas rumah, basuh baju baby....

Hari ni patutnya aku ke ofis sekejap utk ambil borang soal selidik suami aku & baju baby yg kawan aku kata nak bagi tapi aku rasa malas le pulak nak pergi. Lagipun aku rasa tak selesa di ari-ari. Aku juga bercadang nak pi cari barang utk check in tapi...tengok le bila dah rasa ok sikit nanti. Dak pun, aku tunggu suami balik je.

Aku rasa 'timing' aku ngandung & bersalin ni, sesuai sesangat. Cuma di awal ngandung tu cuak sikit sebab aku nak ke Kemboja. Waktu kuliah pulak, semua biliknya di tingkat bawah. Kelas petang pun cuma 1 je. Itu pun dlm makmal komputer. Kuranglah kepenatan aku. Ekceli ada 2 kelas petang tapi yg satu lagi tu telah diubah ke sebelah pagi. Maklumlah, dok di kelas tak de aircond. Panas...boleh pengsan, wooooo!!!

Pas tu, kuliah pulak berlangsung di kala kandunganku masih kecil. Kuranglah berat nak membawa. Waktu kandunganku membesar, jatuh pada cuti semester pulak yg hampir 2 bulan. Alangkah seronoknya. Banyak masa rehat. Jiwaku pun tenang. Senang hati je ke klinik, tak gusar utk mengganti kuliah yg tertangguh.

Waktu aku nak bersalin pulak, jatuh pada permulaan semester baru. Kuliah pulak berkongsi dgn pensyarah lain. Jadi, pensyarah yg lain tu mulakan kuliah dulu. So, segala dokumentasi disediakan oleh pensyarah yg pertama mulakan kuliah. Aku cuma sediakan divider fail.

Aku dijangka masuk kerja, kurang 2 minggu dari peperiksaan akhir semester. Sebelum tu cuti Hari Raya Aidil Adha. Makanya, aku cadang utk melanjutkan cuti dgn mengambil cuti rehat hingga habis minggu kuliah. Aku hanya masuk kerja pada minggu peperiksaan.

Tugas aku yg pertama bila masuk kerja ialah jadi pengawas peperiksaan, siapkan Fail Rekod Pensyarah (FRP), siapkan laporan dalaman Pemantauan P & P, dan yg paling penting ialah memeriksa (marking) kertas peperiksaan akhir kursus yg aku kena ngajar & sediakan laporan. Hu, hu...

Tapi ada gak yg tak seronokknya iaitu aku berpantang di bulan Ramadhan & Syawal. Huuuaaaaa.....Aku dah tau menu aku hari-hari ialah ikan haruan, ikan talang, sup sawi, dan air milo. Tapi aku ada minuman baru utk kecergasan iaitu susu kambing (jenama HR) diblend dgn kurma dan madu. InsyaAllah.

Ya, Allah....Kau permudahkanlah segala urusanku. Aamiin. Daaahhh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.