Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Khamis, 5 Jun 2014

Minggu Orang Kahwin

Assalam...

Cuti sekolah...biasalah kalau byk jemputan kahwin. Pada minggu pertama cuti sekolah, sepupu aku kahwin di Terengganu (29/5 ~ akad nikah, 30/5 ~ kenduri belah perempuan, & 1/6 ~ kenduri belah sepupuku) tapi aku tak dapat balik meraikannya kerana aku dah sarat utk perjalanan jauh. Kaki pun selalu bengkak & sakit.

Walau tak balik, aku tetap sediakan hadiah yg berupa cenderahati utk sedara mara & jiran terdekat berupa personalized Yassin & terjemahan seperti gambar di bawah. Tempah dgn kawan ofis 50 keping dgn harga RM2.90 satu.


Sebelum tu, anak lelaki pengasuh Adam pun nikah juga. Kebetulan namanya sama dgn nama sepupuku tu, Syafiq. Sebagai hadiah, aku juga sediakan personalized Yassin & terjemahan utk kendurinya pada 7/6/14 nanti.


Akad nikahnya dibuat di Selama, Perak. Aku tak ikut le...jauh. Kenduri kat rumah dia nanti aku pergi le sebab dekat, leh jln kaki je. Pergi makan je le. He, he...

Selasa nanti (10/6/14), aku ada temujanji dgn pakar di HSB. Adakah aku akan dapat tarikh utk caesar atau tempoh mengandungku dilanjutkan?? Kalau kena tunggu lagi, aku nak kena minta MC dgn doktor sebab aku dah tak larat & aku takut atau fobia dgn peristiwa dulu. Ya, Allah, kau selamatkan & permudahkanlah segalanya. Aamiin. Daaahhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.