Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Isnin, 30 Jun 2014

Call Awal Pagi dari NICU

Assalam....

Aku terima call dari NICU seawal 8.25 pagi. Heran gak, takkan minta susu kot. Benar, bukan minta susu tapi minta darah. Aku diminta datang ke NICU utk diambil darah kerana baby perlukan darah. Bila kutanya kenapa, dia minta tanya doktor.  Letak je tepon, suami tanya dan aku mula nangis. Dia minta bersiap cepat.

Alhamdulillah, kejap je aku dah dapat semangat aku balik. Aku kembali tenang tapi suami aku yg gabra semacam. Hati aku tenang je dan aku yakin yg babyku baik-baik saja.

Di NICU, hanya aku yg dibenarkan masuk sebab bukan waktu melawat. Babyku ditidurkan secara menelungkup. Kutanya doktor, apa jadi pada babyku. Doktor kata darah baby cair, patut bacaannya 1 tapi bacaan darah babyku 1.9 so, dia perlukan platlet darah ibu utk masukkan dlm darah baby. Kata doktor, biasalah macam tu sebab baby tak cukup bulan. Tiada masalah lain. Alhamdulillah, lega rasanya.

Dlm perjalan balik, singgah di Klinik Kesihatan Jitra utk laporkan kelahiran. Aku diminta utk terus buat pemerikaan. Esok, nurse akan datang periksa di rumah.

Di rumah, setelah makan tengah hari, aku mula gigih mengepam susu. Tapi, sangat mengecewakan sebab susu sikit je kuarnya walau pelbagai supplement aku telan. Terkini, suami gigih mencari Alfalfa Shaklee. Huuuaaaa...aku dah hampir putus asa ni!!!! Daaahhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.