Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Jumaat, 27 Jun 2014

Bersalin Sudah....

Assalam...

Alhamdulillah, seperti dijadualkan, aku selamat bersalin pada 26/6/2014 @ 10.30 pagi. Aku dibius penuh (GA) kerana ada sejarah pendarahan pada pembedahan sebelum ni.

Aku mendaftar masuk wad pada Rabu, 25/6/14 @ 10.15 am. Aku ditempatkan di Wad Kenanga 2A.


Mulanya dok di katil tambahan (Pseudo 8) dan kemudian diubah ke katil 19. Lega.


Aku tak sempat lunch sebab masuk ke wad dah pukul 1.00 pm. Nasib ada bawa waffle. Makan je yg itu buat lapik perut. Hampir pukul 6 pm, dinner dihidangkan. Lawak lagi sebab menu tu utk patient sebelum aku yg lepas caesar. Makanya, makan le bunur nasi, sawi dan sup ikan. Licin sebab lapar punya pasal.

Menu org caesar utk org blm caesar...he, he

Hari pertama di wad sangat sibuk. Ibu mengandung pun ramai. Katil penuh. Hampir setengah jam sekali nurse akan check tekanan darah dan jantung baby. Pukul 1.50 pm aku dipanggil uyk buat CTG. Ini pertama kali aku buat dlm sejarah aku ngandung. 15 minit je. Tapi, pukul 4.00 pm, sekali lagi aku dipanggil utk buat CTG. Aku tanya nurse tu, ada masalah dgn jantung baby ke. Nurse kata, tak tapi kertas CTG tu dipasang terbalik, so bacaannya pun jadi songsang. Kami berdua gelak besar bersama.

26/6/2014 ~ Khamis
Berdebar menanti dipanggil ke dewan bedah (OT). Aku kes ke dua. Akhirnya, pukul 9.51 pm aku dipanggil ke OT.
Waktu disorong ke dewan bedah, tak sempat jumpa suami sebab dia ke tandas. Geram aku dibuatnya. Dah le aku tak bawa tepon. Nasib umurku masih panjang. Boleh jumpa lagi.

Kali ni, lepas pembedahan, aku rasa lebih kuat berbanding dulu. Mungkin sebab kali ni aku cuma kehilangan 700 ml darah, berbanding dulu, 2.1 ml. Kali ni, aku tak perlu tambah darah. Alhamdulillah.

Babyku walaupun dah 34 minggu dan dah ambik dexa tapi paru-parunya masih belum kuat. Baby masih perlukan bantuan pernafasan dan ditempatkan di NICU.

Hari kedua pembedahan iaitu hari ni, aku dah mampu turun katil dan ke tandas sendiri. Pesakit dah semakin berkurang. Dlm kubik aku dan kubik sebelah yg ada 12 katil, cuma ada 3 katil yg berpenghuni. Berbeza jika dibandingkan pada hari Rabu, hari pertama masuk wad. Penuh, wooo!!!

Hari ni semua wayar dah dicabut, cuma tinggal jarum di tangan. Yg ini hanya dicabut bila nak keluar wad. Mengganggu pergerakanku. Dah berdarahpun.

Cucukan kedua waktu di dewan bedah

Ini cucuk kali kedua. Yg pertama cucuk pada hari aku mula daftar masuk wad. Sudahnya, aliran tersumbat & kena cucuk yg baru.

Cucukkan pertama waktu di PAC
Hari ni suamiku dtg melawat waktu petang je sebab paginya pengasuh Ahda ada kenduri, so Ahda tak de pengasuh.
Suami dtg kul 5.30 pm dan terus pergi tengok baby. Baby pakai tiub oksigen di hidung. Aku yg berhati kering ni, tak de le nak nangis. Baby sihat, tak de nampak kecik sangat. Ruas jari dan kaki dia nampak kasar. InsyaAllah, dia kuat dan boleh survive. Tak ambik gambar baby. Takut nurse marah. Daaahhh.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.