Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Khamis, 22 Mei 2014

Wahai Guru.....Kasihanilah Anak-Anak Kami

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Aku nak sambung rentetan citer kehilangan anakku kelmarin. Semuanya berpunca dari pengumuman cuti umum mengejut dgn kemangkatan Pemangku Sultan Kedah.

Murid-murid dibenarkan balik seawal jam 8 pagi. Mak bapak masih di pejabat. Aku balik lewat sikit sebab pejabat lambat umumkan cuti dgn alasan tunggu surat rasmi yg bertandatangan. Nasib baik suami blm ke ofis. Dia yg bergegas ke sekolah. Tunggu punya tunggu, Adam tak muncul.

Suami aku dah cari di bilik darjah, tandas & bertanya guru tapi Adam tak ditemui. Waktu terima berita Adam 'hilang' aku masih di ofis. Perasaan aku masa tu masih 'cool' sebab dia pernah lewat keluar.

Bila Adam masih belum ditemui, aku ke sekolah utk bertemu suami tapi yg buat aku 'bara' (tadi aku cool je), ialah dia tak tunggu aku tapi blah utk hantar anak pengasuh balik rumah. Yg aku ni terkontang-kanting kat sekolah.

Nasib ada 2 org cikgu tunggu di luar pagar & dah maklum dgn berita 'kehilangan' Adam. Cikgu tu tenang je & aku pun cool semula. Aku dapat maklumat baru dari kawan sekelas Adam. Adam dilihat berjalan kaki bersama 2 rakan yg lain, Izham & Bala.

Aku baru je nak tepon suami suruh cari sekitar Tmn Bersatu (rumah Izham), kot2 dia ke rumah Izham. Tapi, belum sempat tepon laki aku, mak Izham dtg dgn Myvi cari Izham.

MasyaAllah.....mrk berdua tak balik rumah. Aku dah 'hangin' sebab suami aku teruskan pencarian sendiri tanpa maklumkan berita terkini & tanpa pedulikan aku yg masih di sekolah. Call pun cakap dlm keadaan panik, satu apapun aku tak dengar.

Aku ambik keputusan utk balik dan tunggu di rumah sahaja memandangkan aku dah sarat & tak larat. Seperti yg aku cerita, akhirnya Adam ditemui, hasil dari keperihatinan seorang ahli bomba yg kebetulan nak ambik anaknya dari tadika berhampiran taman permainan tempat Adam & rakan bermain tu.

Rupanya ada 2 org rakan ofis aku yg perasan tentang 3 org kanak-kanak ni yg berjalan menghala ke TNB. Tapi, manalah mrk tahu itu anak aku yg hilang dari sekolah. Hu, hu....

Aku rasa, cikgu sepatutnya tak membenarkan murid-murid keluar dari pagar sekolah sehingga ibubapa/penjaga datang ambil sebab cuti yg diumumkan tu cuti tergempar. Ada ibubapa yg lambat tahu tentang tu. Bukan anak aku je yg hilang, tapi ada anak org lain juga. Tapi 'hilang' mereka sebab dibawa pulang oleh jiran & pengasuh tanpa memberitahu ibubapa terlebih dahulu. Haru punya citer.

Di sekolah lain pun ada berlaku situasi serupa. Kalau le aku ni jenis ibubapa yg nak panjangkan cerita, mau aku SAMAN pihak sekolah atas kelalaian mereka. Tapi, aku tak mau menyusahkan sesiapa. Moga jadi pengajaran utk semua, termasuk aku & Adam.

Daaahhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.