Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Sabtu, 24 Mei 2014

Lagi Kisah Anak Hilang.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kali ni bukan anak aku yg hilang, tapi anak remaja jiran aku. Remaja perempuan lepasan SPM. Hilang dari rumah jam 12.40 pagi, ketika mak bapak sedang lena diulit mimpi. Anak ini tega buat wayang sendiri.

Remaja ini dilihat keluar dari rumah dan membonceng motor dgn jantan yg sedia menunggu di luar rumah. Perbuatan tersebut kebetulan dilihat oleh jiran sebelah rumah aku yg sedang memunggah barang niaga dari vannya. Terus dia tepon suami aku. Aku pulak baru nak tidur balik selepas ke toilet. Apa lagi, misipun bermula.

Sebelum ni, jiran selang beberapa buah rumah dah nampak kelibat jantan bermotor ni dok mai sembang tgh mlm buta dpn rumah budak pompuan  tu. Suami aku pun pernah terserempak tapi budak jantan tu terus pecut motor, blah. Tapi, mlm tadi adalah mlm kantoi utk diorang.

Suami & jiran tepon bapak budak pompuan tu minta check anak ada tak dlm bilik. Memang terkejut badak le mak bapak tu bila sedar anak pompuannya tak de. Maknya call budak pompuan tu & dia berada di rumah kawannya di Kepala Batas, Alor Star. Tak pasti le kwn pompuan ke jantan. 

Bapaknya nak pergi ambik anaknya. Dan citer habis di situ. Kesian betul dgn mak bapak budak pompuan tu. Tak sangka anak kembarnya buat perangai cam gitu. Maknya adalah seorang guru. Malu aaiiihhh....bertuah punya anak. Semua anaknya perempuan. Kesian betul le. Ya, Allah, lindungilah anak-anakku dari berperangai tak senonoh, bawa anak dara orang dan macam-macam le. Takutnya aku dgn situasi remaja sekarang.

Makanya, kawan-kawan kat luar sana yg ada anak remaja, selalu-selalu le check bilik anak di tengah malam. Pastikan anak ada & juga pastikan tak bawa masuk jantan & betina dlm bilik. MasyaAllah. Rasanya, perlu pasang mangga keselamatan yg kuncinya hanya dipegang oleh mak bapak. Boleh gitu? Fikir-fikirkan. Daaahhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.