Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Rabu, 28 Mei 2014

Akukah Yg Bersalah...???

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Harap kalian semua baik2 saje. Tak mau cakap pasal kisah Panda atau binatang yg kini dah mengatasi panda dari segi populariti, tapi aku nak perkatakan pasal cara mendidik anak-anak.

Aku ada 2 org anak lelaki. Yg sulung agak lembut tapi suka 'menjawab' dan melawan aku. Yg kedua, agak keras sikit tapi buat masa ni masih ngam dgn aku. Aku nak cerita pasal anak sulung aku...Adam.

Dia selalu menjawab dan melawan aku, makanya aku mohon bantuan suami utk 'menegur' Adam dgn berkata "Cuba tampar sikit mulut Adam tu". Aku bukanlah bermaksud suruh suami tampar betul2 sampai berdarah tapi sekadar peringatan utk maklumkan yg perbuatan dia tu salah. Tau, apa yg suami aku buat?????

Bukan Adam yg kena marah @ ditegur. Sebaliknya aku. Katanya, aku yg bermasalah dgn Adam, jadi aku yg selesaikan sendiri. Suami minta aku sendiri yg 'tampar' Adam bukan dia. Suami kata perangai aku pelik & bla, bla, bla....

Tahukah kau wahai suami, perbuatanmu itu seperti membina tembok kebal utk Adam. Adam akan makin tidak hormati aku sebagai ibunya. Apa lagi yg boleh aku buat utk betulkan keadaan dlm keadaan suami yg dah tengking-tengking aku begitu??? Aku hanya biarkan air mata mengalir laju...dan laju.....tapi masih cuba kawal diri utk tidak tinggalkan rumah.

Akhirnya, lepas marah aku, dia bagi amaran pada Adam supaya jgn 'menjawab' depan aku sebagai ibunya. Itulah yg aku nak suami buat dari awal, bukannya tengking aku. Memang aku terluka sangat, tapi aku tahankan dan masih dapat keluar bersama suami & bersarapan bersama, cuma aku minta Adam duduk dgn pengasuhnya walaupun aku bercuti hari ini. Kerana aku rasa, aku dah 'surrender' dgn Adam. Biarlah. Aku tak mau buka mulut lagi. Aku tak mau, kerana Adam, aku dan suami bermasam muka. 

Maafkan dgn luahan ini. Daaahhh.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.