Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Selasa, 29 April 2014

Alhamdulillah...

Assalam...

Seronok melawat blog org lain, blog sendiri terbiar tak berpengisian.

Alhamdulillah, minggu exam dah tamat. Marking paper pun baru selesai. Sekarang tinggal utk jumlahkan markah dan key in, je. Alhamdulillah juga kerana rezeki makan-makan belum putus. Hari ni ada jamuan nasi putih dgn lauk-pauk seperti masak sardin, telur goreng, sambal telur, sambal belacan & ulam-ulaman, sambal goreng tempoyak dgn petai, kerabu pelam, ikan bilis goreng kering, acar rebung serta kuih-muih. Meriah, kan!

Alhamdulillah, kandungan aku dah masuk 26 minggu (6 bln setengah). Akan ke klinik kesihatan pada 4/5/14 ni utk pemeriksaan rutin.

Imej bayi 26 minggu (ehsan Baby Center)

Maklumat di bawah ni dipetik dari Baby Center. Boleh baca artikel penuh di sini.

Ukuran bayi sekarang apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 35.6sm. Beratnya lebih sedikit daripada 760g. Bayi mula membuka matanya. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. Bayi terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun dia hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk dia selepas dilahirkan kelak. 

Oleh kerana bayi membesar dengan pantas dan perkembangan otaknya begitu giat pada masa ini, pemakanan adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur. Makanan yang kaya dengan serat, termasuk roti bijian penuh dan bijirin, kekacang dan beras perang mengandungi banyak vitamin B dan membantu mencegah sembelit

Daaahhh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.