Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Rabu, 16 April 2014

Minggu Exam...Minggu Makan-Makan Sedunia

Assalam...

Minggu ni dah minggu ke dua exam final berlangsung. Aku masih belum dapat paper untuk marking. Kerja mengemaskini fail hampir selesai, tinggal nak fotostet je. Lepas makan, perut penuh dicampur pula dengan kembung angin, aku tak larat nak berdiri lagi. Berat, woooo.

Aku rasa nak balik berehat je kat rumah, ha, ha, ha. Tak baik, woooo, awal sangat. Lepas ambik Adam dari sekolah nanti, aku akan terus balik rumah untuk berehat dan berkemas serba sedikit sebab petang nanti mak sedara aku nak datang. Dia dari Terengganu, datang ke Kedah untuk menziarah menantu dan cucu (cucu ke tiga) yang baru dilahirkan pada 12/4/2014.

Menu hari ini ialah nasi lemak. Tugas aku ialah goreng papedom. Nasib suamiku berjaya dipujuk untuk belikan papedom malam kelmarin. Tapi, pujuk-pujuk pun, nak 'upah' gak. Aku bangkit pukul 4.00 pagi untuk goreng papedom tu, kemudian tidur balik. He, he..

Menu esok pulak ialah lontong. Esok, aku tak bawa apa-apa dah kot. Pukul 11.15 am aku nak kena bertugas sebagai pengawas peperiksaan. Mula le nak mengantuk. Nak citer apa lagi, ek. Mari kita imbas menu sebelum-sebelum ni. Isnin baru-baru ni ialah nasi putih dengan pelbagai lauk. Aku bawak lauk goreng tempoyak ikan bilis. Masih ada lagi baki dalam peti ais. Depa tak reti makan tempoyak. Hari Selasa pulak, kue tiew goreng. Aku janji nak goreng keropok, tapi sebab malam tu aku masak untuk dinner, aku dah tak larat dah. Sorry. Nasib ada kawan lain yang bawa keropok sikit.

Minggu depan tak dengar perancangan apa lagi. Agaknya, dah tak larat lagi nak atur menu. Makan sendiri-sendiri le pulak. Ok le ye. Pelajar bertungkus-lumus jawab exam, pensyarah berhempas-pulas masak-masak dan makan-makan. Terasa dunia ini ana yang ampunya. Ha, ha, ha..... Daaahhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.