Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Khamis, 7 Mei 2015

Episod Malang Baby Irsyad

Assalam...

Nak cerita pasal Irsyad lagi. Peristiwa tertumpah kuah tomyam tu bukan kejadian malang pertama utk Irsyad di tahun 2015 ni. Pada 22/3/2015, Irsyad dah dimasukkan ke wad Hospital Jitra kerana penat dan jangkitan pada paru-paru (bronchitis).

Seksa kurasa saat itu kerana keadaan wad yg panas berkuap dan Irsyad nangis berterusan. Malamnya, Irsyad diberi oksigen bersama-sama dengan gas nabulizer setiap 2 jam sekali. Antibiotik juga diberi. Siangnya, aku bergilir dengan suami jaga Irsyad. Setiap waktu melawat, suami datang jaga Irsyad dan aku balik rumah untuk mandi puas-puas, solat dan tukar baju.

Drip di kaki. Susah le nak basuh berak.
Tengah nab.

Lena sat je ni pun.

23/3/2015 (Isnin), dalam pukul 5.00 pm, Irsyad dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kerana doktor khuatir hernia dia tersepit (sebab dok nangis je kerjanya). Kami pun ke HSB naik ambulans. Itu kali kedua aku naik ambulans. Kali pertama naik sebagai pesakit. Kali ni sebagai peneman. Dalam ambulans ni....masyaAllah...aku hanya doa je supaya tak de sesiapa tercedera dengan peralatan, dinding & kerusi yg uzur dan bergegar-gegar. Pukul 6.00 pm, kami sampai dengan selamatnya di HSB dan dimasukkan ke wad Kenanga 5B (Tak ambik gambor le pulak sepanjang dok di wad HSB).

Di sana lebih selesa sebab serba baru dan berhawa dingin. Tak de le nak berpeluh melengaih sepanjang hari. Alhamdulillah. Malam pertama di wad, Irsyad nangis saja. Doktor pelbagai ranking datang silih berganti menyoal perkara yang sama hingga aku cemuih nak menjawab. Hampir pukul 2 pagi baru le aman dan Irsyad boleh lelap. Aku juga boleh dinner, nasi goreng kampung. Oleh kerana di dinding terpampang larangan tidak membenarkan ibu tidur di katil anak, makanya aku hanya berteleku dibirai katil sambil menahan sakit lutut berlaga dengan pagar katil bayi tu.

Esoknya, seawal pukul 5 pagi aku dah bangun dan mandi. Nasih Irsyad tak bangun awal, boleh le aku pi solat Suboh di bilik hujung yang memang dikhaskan untuk solat. Alhamdulillah. Rutin biasa bila di wad ialah didatangi para jururawat dan doktor yang pelatih (aku panggil doktor kecik), sampai le doktor pakar (haaa... yang ini doktor besar). Bila doktor besar datang, mak aiihhh, susah soklan nak kujawab sebab urusan bagi anak makan ubat selalu dibuat oleh suami. Aku rasa nak nyorok je waktu ni.

Di HSB, Irsyad dimasukkan drip di kaki kerana ikut kata jururawat bayi bambam susah nak cari urat di tangan. Banyak luka bekas cucuk tak menjadi di tangan. Kesan parut lama waktu di NICU pun masih jelas. Sayup dengar dia meraung dalam bilik rawatan waktu proses tu dibuat. Sekali lagi maraung bila operasi nak ambik sampel kahak. Bertabahlah Irsyad.

Irsyad masih pakai oksigen di hari kedua. Sukar terasa nak kawal wayar yang berselirat tu. Bila dia boring dan mula nangis, aku akan minta jururawat offkan drip dan oksigen sekejap dan pi bawa dia round wad. Terhibur le kejap hati Irsyad.

26/6/2015 (Khamis), Irsayd dah boleh discharge. Alhamdulillah, lega. Tangan mama dah sakit, pecah-pecah tak tahan dengan aircond 24 jam dan sabun basuh tangan tu. Dah le mama ada eczema. Husband siap cakap dekat makcik guard tu, tak mau mai dah. Adakah??? Sebab tak de gambor waktu di wad HSB, aku jamu gambor di wad Hospital Jitra pada 18/11/2014, ye. Ni masuk pasal bronkitis jugak ni. Masa ni Irsyad 5 bulan.

Warded...18/11/2014.
Caakkk...
Irsyad dan putingnya tak dapat dipisahkan.
Tidurlah, mama nak rehat sat.
Episod malang tak berhenti di situ. Yang terbaru, Irsyad warded untuk pembedahan hernia pada 4/4/2015 di HSB. Eh...yang ni aku citer lain kali le. Aku nak pi rehat sat. Daaahhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.