Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Isnin, 4 Mei 2015

Berakhirnya Sumpahan Itu

Assalam...

Lama tak tulis pasal kisah Ahda. Bulan lepas, aku ada tulis pasal anak keduaku, Ahda yg suka dok rumah pengasuh hingga dalam sebulan tu hanya 2, 3 kali je balik tidur di rumah sendiri. Tapi semua tu berakhir bila adiknya, Irsyad ditimpa kemalangan.

Segalanya bermula pada 9 April 2015 (Khamis). Ahda yang susah nak balik rumah dah sedia tunggu di depan pintu pagar rumah pengasuhnya setelah balik dari ofis lebih kurang pukul 4.00 pm. Gembiranya aku. Rupa-rupanya, dia ada agenda. Dia nak ajak pergi Tesco. Ok, no hal, asal ko nak balik rumah.

Dalam pukul 5.20 pm kami keluar ke Tesco. Aku ingat husband nak pergi Tesco Jitra sebab dah lewat petang, rupa-rupanya dia lajak ke Tesco Mergong, Alor Star. Aku dah mula rasa tak puas hati tapi sebab tak mau cari gaduh, aku diamkan.

Sampai di Tesco Mergong dah lebih pukul 6 pm. Kami terus pi food court. Husband orderkan aku Tomyam Claypot & Yee Mee Hotplate untuk Adam. Ahda & suami pergi order air pulak. Aku & Adam tunggu di meja sambil pangku Irsyad. Ralit pulak tengok gelagak dua org badut sedang main tembak-tembak dengan pistol yang mereka buat dari belon. Tiba-tiba.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Irsyad menangis dan kutoleh kuah tomyam dah membasahi aku dan dia. Aku terus bawa Irsyad ke singki dah basuh tangan serta seluruh badannya. Kulihat tangan kiri Irsyad dah mengelupas. Aku basuh lagi dan berlari ke arah suami yang sedang membayar minuman.

Semua tercengang dengan apa yang berlaku. Aku & suami masih terkawal & tak panik terus tinggalkan segala makanan (tak sempat makan & minum pun) dan bawa Irsyad ke Kedah Medical Centre (KMC), pusat perubatan terdekat. Kutanggalkan baju & seluar Irsyad yang kena kuah tomyam supaya tak pedih, tinggal diaper je. Irsyad menangis sepanjang perjalanan.

Di bahagian kecemasan, KMC dia diberi rawatan awal. Badannya merah. Ada sedikit merah di celah paha. Yang paling teruk ialah tangan kiri. Kat sana baru kusedar, pergelangan tangan kiri aku juga sedikit cedera. Pedih. Aku juga minta disapu krim. Aku nangis bersama Irsyad. Aku yang kena sikitpun dah rasa pedih, inikan pulak Irsyad. Kesian dia. Maafkan, mama.

Doktor panggil aku masuk di biliknya. Masa tu aku pasrah kalau aku nak didakwa atas sebab lalai. Rupa-rupanya dia nak habaq yang kat KMC tu tak de pakar kanak-kanak untuk kes melecur tu. Dia buat surat rujukan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Aku pun syukur sangat-sangat sebab duit aku selamat. Irsyad belum ada perlindungan insurans. Masih dlm proses.

Setelah settlekan pembayaran bil, kami bergegas pula ke HSB. Irsyad dirujuk di bahagian kecemasan, merah. Dia masih nangis. Di sana seperti biasa, kecemasan yang tiada cemas. Bagus juga tu. Tak le panik kita dibuatnya. Yang tak suka tu sebab kena berdiri lama menunggu tindakan.

Balutan tangan Irsyad dibuka semula dan kemudian setelah disapu ubat, dibalut kembali. Irsyad juga turut diberi ubat tahan sakit yang dimasukkan dalam dubur. Di KMC pun dah diberi tapi jenis yang berbeza. 

Irsyad dirujuk pula ke Unit Rawatan Kebakaran (Burns Unit). Episod menunggu bermula lagi untuk dapatkan surat rujukan dari doktor di Unit Kecemasan.

Setelah lama berdiri sambil dukung Irsyad (Irsyad dah diam dan dah mula mau bergurau), barulah aku dipelawa duduk oleh doktor @ jururawat lelaki di kaunter tu. Fffuuuuhhh....lega. Terima kasih le, dik oooiii. Nak patah dah rasanya tgn & kaki akak ni. Hampir sejam di Unit Kecemasan, barulah dapat surat rujukan ke Unit Rawatan Kebakaran tu.

Nota rujukan ke Unit Rawatan Kebakaran.

Di Unit Rawatan Kebakaran, balutan tangan Irsyad dibuka sekali lagi. Irsyad dah nangis awal2 lagi. Kulihat tangan dia dah mula timbul gelembung air. Kesian dia. Setelah selesai rawatan, tangan Irsyad dibalut sekali lagi, kali ini dgn lebih kemas. Lebih kurang pukul 9.00 pm, barulah selesai segala urusan. Lega.

Selfie sejurus selepas siap tangan dibalut di Burns Unit

Selesai di Burns Unit. Dah nak balik rumah.
Irsyad perlu pergi cuci luka di Hospital Jitra (aku yang minta yang dekat) pada 12/4 & 15/4, sementara 18/4 di HSB. 

Malangnya, esok petang, kami dah menapak semula ke Unit Rawatan Kebakaran, HSB sebab ada gelembung air di jari Irsyad yang tak berbalut tu. Sekali lagi, balutan dibuka dan gelembung dipecahkan. Doktor minta pecahkan sendiri gelembung tu jika ada lagi dan sapu ubat yang diberi (ubat yang dimaksudkan dah habis, kami kena pi beli sendiri).

Balutan tangan Irsyad dibuka sepenuhnya pada 15/4. Pada 18/4 (Sabtu), tangan Irsyad dah diisytiharkan sembuh oleh doktor di Unit Rawatan Kebakaran tapi perlu ke Jabatan Rehabilitasi esoknya untuk pemulihan cara kerja. Kih, kih, kih...macam teruk bebenor tangan anak aku ni. 

Keadaan tangan Irsyad pada 15/4/15.

Selfie sementara tunggu giliran di Burns Unit pada 18/4/15.

Adam & Ahda teman adik Irsyad di Burns Unit.

Bila doktor sana tengok, Irsyad boleh buka jari, boleh pegang dgn baik dan lukapun elok, temujanji hanya tamat di situ. Alhamdulillah. Irsyad sedang tunggu panggilan untuk temujanji dengan doktor pakar di Unit Rawatan Kebakaran tu tapi sehingga kisah ini ditulis, aku masih tidak dihubungi.

Lupa lak nak habaq, selepas kejadian di Tesco tu, sekali je Ahda tak balik rumah, hari-hari lain dia dah mau balik rumah. Alhamdulillah. Itulah hikmah disebalik kejadian di Tesco tu.

Tangan Irsyad terkini pada 4/5/15. Berparut sudah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.