Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Sabtu, 15 Mac 2014

Potato Gratin Caraku Step by Step


Assalam...

Baru timbul. Kali ni muncul dgn Western recipe. Pernah dgr Potato Gratin dak sebelum ni? Ni kali kedua aku buat tapi baru berani nak boh gambor & tunjuk step by step sbb yg pertama kali buat tu ada masalah teknikal sikit. Ngeh, ngeh....ngok nye pasal.

Pertama kali aku kenal Potato Gratin ni dari blog Ana Suzana ~ Cahaya Cintaku. Resepi dia ringkas je. Yg kali kedua aku buat ni, aku derhaka sikit dgn memasukkan pelbagai elemen. Bak kata org dlm dunia masakan...difusionkan sikit.

Banyak sebenarnya cara masak Potato Gratin ni tapi kebanyakannya dari resepi omputih. Ni org tak berapa nak putih ni tunjukkan cara memasaknya setelah tgk pelbagai gaya omputih masak. Cuba le nanti. Menyesal, tanggung sendiri. Muahaha....

Tak mo byk songgeh, mai kita terus ke resepinya.

BAHAN YG DIPERLUKAN:

1 biji kentang Russet @ 4 biji kentang biasa
1 biji bawang Holland
4 ulas bawang putih
Sedikit potongan lada Capsicum
1 tin sup Campbell's (aku guna perisa Ayam & Cendawan. Resepi asal guna Whipping Cream)
1/2 btg lobak merah (optional)
1 biji tomato (optional)
Sedikit daun bawang & daun sup (optional)
Beberapa ekor udang segar (optional)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit garam
Minyak utk menumis
Mentega utk  dilenser pd loyang pembakar (guna minyak masak pun boleh, weeehh)

CARA PENYEDIAANNYA:


Bersihkan kentang & kupas kulitnya.


Hiris nipis-nipis (nak senang citer, sila guna slicer, ye!)


Semua bawang & Capsicum dihiris nipis. Gaya bebas, wokey!!!!


Lobak merah dihiris nipis & tomato didadukan (bukan dimadukan, tau. Gggrrrrr!!)


Bersihkan udang & dipotong kecil.


Tumis bawang besar, bawang putih & capsicum hingga layu.


Masukkan udang & tomato. Perisakan dgn garam (sikit je sbb sup dah sedia masin. Tak tambah garam dah pun, ok) & serbuk lada hitam.


Sblm tutup api, boh daun bwg & daun sup. Kacau sebentar & ketepikan. 


Masak sup ni dgn ditambah 1 tin air (guna tin sup ni gak) hg pekat.


Bila dah menggelegak, ketepikan. Sup ni dah tak perlu tambah garam sebab dah cukup masin. 


Lenserkan loyang dgn mentega/minyak, susun kentang (2 lapis) & lobak (1 lapis). Letak 2 senduk kecil sup tadi.


Lapiskan pula dgn geng tumisan tadi.


Habiskan susunan lobak & kentang tadi. Kmd, tuangkan sup hingga menutupi kentang. Tak perlu habiskan semua sup, nnt byk sgt kuahnya, tak jadi potato gratin tp jadi potato sup lak. Sape nak menjawab nanti???? Sup yg berbaki tu, korang leh tlg 'selesai'kan. 

 
Sebelum bakor, boh leh keju atas tu. Aku guna Cheddar Cheesedale je. Kalau ada keju parmesan ke, apa ke, boleh leh boh. Kalau yg seketul tu, korang parut le dulu. Jgn le ko boh bedebab cam gitu. Nangis cek yg ngajor ni, kang!


Panaskan oven dan bakar dlm suhu 170°C ke 180°C, selama 1 jam (bergantung pd oven masing2) hingga keperangan (cam terlebih perang lak gratinku, he, he).


Potato Gratin ni biasanya disudukan je sebab dia lembik. Tapi, ada gak aku tgk resepi omputih yg boleh dipotong. Korang google & bereksperimen le sendiri, ek! Eden dah tak kose nak study.

 Resepi asalnya, menggunakan whipping cream & susu segar tapi utk senang citer, aku shortcut pakai Sup Campbell's je. Tak yah nak tambah susu atau apa2 perasa. Semua dah ada dlm sup tu. Tinggal korang pilih je nak perisa apa. Yg aku tau, dia ada perisa ayam, kentang, cendawan, ayam & jagung. Pilih le.

Dan suka juga diingatkan, resepi ni sebagai panduan je. Tak usah le rigid sgt. Boleh tambah dan kurangkan bahan apa yg patut. Buat ikut kreativiti sendiri, ok.

Sebelum mengakhiri, aku nak sisipkan ingatan supaya terus mendoakan utk keselamatan anak kapal & penumpang MH370. Sabtu (8/3/14) bertemu Sabtu (15/3/14), tapi masih tiada khabar berita. Moga mrk selamat. Apa2 pun pengakhirannya, redhakan saja. Daaahhh.




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.