Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Sabtu, 25 Januari 2014

Bila Org Ganu buat Laksa Johor

Assalam...

Mood nak menaip tgh ada ni, kita habiskan resepi yg ada, ye! Laksa Johor ni aku buat ptg kelmarin di mkn sampai le ke malamnya sempena buat BBQ kecil-kecilan dgn tetamu jemputannya, jiran sebelah rumah. 3 org je pun.

Terus ke resepi le, ye. Aku dah lapar nak sarapan ni.

Ha, ha...plating tak menjadi. Haru biru gitu.

BAHAN-BAHANNYA:
1 peket spaggeti (apa2 jenama pun boleh)
1/2 kilo ikan selayang
1 cawan udang hidup (saiz kecil)(dibersihkan dan disimpan kulit serta kepalanya)
1/2 cawan udang kering (direndam)
1/2 ekor ikan masin (direndam)(org Johor guna Ikan Kurau, aku guna Ikan Duri je yg isinya masih basah-basah gitu)
1/2 biji bawang Holland saiz kecil
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
6 biji cili kering (rendam dlm air panas)(nak pedas tambah lagi)
1 paket rempah kari daging (aku guna Babas
1 - 2 kotak santan segera
2 - 3 sudu besar kerisik
2 btg serai (diketuk)
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 kuntum bunga kantan (belah dua)
1/2 ikat daun kesum
3 keping asam keping (nak lagi masam, boleh tambah)
Garam, gula & serbuk perasa

CARA-CARANYA:

  1. Bersihkan ikan & rebus hingga masak. Asingkan isi dari tulang. Tulang disimpan. Dlm periuk yg sama celur sekejap udang basah yg telah dibersihkan. Simpan air rebusan utk kuah.
  2. Masukkan sedikit air & kisar isi ikan bersama isi udang hingga hancur. 
  3. Kmd kisar pula udang kering bersama ikan masin. Campurkan bahan kisar ini dgn isi ikan tadi.
  4. Kisar pula tulang ikan dan kulit udang tadi dgn sedikit air. Tapiskan dan ambil airnya sahaja. Campurkan air tersebut ke dalam air rebusan ikan tadi.
  5. Akhir sekali, kisar semua bawang, halia, lengkuas & lada kering hingga lumat.
  6. Panaskan minyak dan tumiskan kisaran bawang tadi hingga wangi.
  7. Bancuhkan rempah kari dgn sedikit air utk dijadikan pes dan masukkan dlm bahan tumisan tadi. Tumis hingga kari masak dan pecah minyak.
  8. Kmd, masukkan air rebusan tadi beserta isi ikan, udang, udang kering & ikan masin, bunga kantan serta daun kesum. Kalau nak kuah cair sikit, tambahkan air. Kacau seketika.
  9. Kmd, masukkan kerisik, santan serta garam, gula & bhn perasa. Kacau selalu, jgn kasi santan pecah.
  10. Bila dah menggelegak & dah puas hati dgn rasanya, bolehlah dipadamkan api.

CARA SEDIAKAN LAKSANYA:
Spagetti direbus dalam air yg bercampur 1 sudu garam. Bila dah masak (petua nak tau dah masak ke tak, spaggeti boleh melekat bila ditampal di dinding, he, he...). Tapis dan lalukan bawah air paip utk hentikan masaknya. Toskan dan gaulkan dgn sedikit minyak zaitun @ mentega. Alaaahhh...minyak masak biasa pun boleh, weeehhh!!

BAHAN SAMBAL BELACAN:
1 inci belacan (dibakar)
Segenggam lada kering (genggaman aku comel je)
3 biji limau kasturi
Sedikit asam jawa (aku pakai Adabi)
Garam & gula

CARA BUAT SAMBAL:
Kisar kasar cili kering bersama belacan, garam & gula (kalau rajin, tumbuk je dgn lesung).
Sesuaikan rasanya dgn perah asam limau dan campuran asam jawa kalau belum masam.

BAHAN ULAM:
Timun (dibuang kulit & empulur serta dipotong halus. Boleh rujuk kat sini kalau nak ikut cara org Johor. Resepi pun ada sekali)
Taugeh (buang ekornya kalau panjang sgt)
Kacang panjang (dipotong halus)
Limau kasturi (dibelah dua)
Bawang Holland (dipotong nipis-nipis)

Resepi ni campuran resepi kawan aku, Mieza (model iklan Simplot tu) dan Encik Mat Gebu. Nak resepi asalnya, klik kat link tu, ye! 

Daaahhh.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.