Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Isnin, 30 Disember 2013

Kemboja Hari Kedua (7 Disember 2013)

Assalam...

Ni nak sambung citer ni. Hari ni aku MC, badan dok seram sejuk je. Lagipun, Adam & Ahda tak sihat....batuk. Oppss...dah, dah...kita dgr citer Kemboja lak.

Seawal 6.30 pagi, kami dah bersedia utk bersararapan di gerai muslim dgn menaiki tut-tut.

Moi sup & cakoi rezeki sarapan di Siem Reap (SR)

Tugu yg terdapat di hadapan airport SR. Gambar kat bwh tu ialah baju rasmi projek kali ni.

  1. Selepas bersarapan, kami gerak ke airport SR utk menaiki bas ke Phnom Nurea Mui, Battambang. Ia adalah destinasi kerja sosial pertama kami di sana. Di airport inilah kami ditemukan dgn org tengah aka jurubahasa kami di Battambang nanti iaitu Makcik Asiah. Makcik Asiah ni org tempatan Battambang tapi dah lama menetap di Kelantan. Dah dapat kerakyatan Malaysia pun.

Angkut barang utk dibawa ke Battambang.

Wakil dari POLIMAS
Naik bas ni, selesa sikit. Tengah hari (aku lupa pukul brp), kami sampai di Phnom Nurea Moi.

Angkat barang utk dibawa ke dlm kampung. Gambar bwh, aktiviti agihkan brg derma.

Taklimat serba ringkas kpd imam masjid & ketua kampung
Aktiviti pertama kami ialah agihkan barang derma dlm beg yg dikhaskan. Sebenarnya, kami diagihkan dlm 2 kumpulan. Satu kumpulan agihkan barang derma, satu kumpulan lagi ke pasar utk beli barang utk kenduri dan gotong-royong esok hari. Aku dok dlm group pertama.

Kami menunggu sampai lepas marghrib kerana makan malam kami di sediakan oleh keluarga Makcik Siah di rumah mereka sendiri. Menu malam tu ialah ayam ala2 rendang gitu, ikan keli & ikan haruan kering masin, sambal belacan, ulam-ulaman & buah. Lupa nak snap gambar.

Selepas makan, kami dihantar pulang ke tempat penginapan kami dengan menaiki kereta penduduk kampung.

Sim Hour Guest House...penginapan di Battambang

Gitu le citernya. Daaahhh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.