Assalam...
Asliza Yusoff adalah kawan yg aku kenal sewaktu sama-sama bertugas di POLIMAS. Waktu dia biasa-biasa sahaja.
Dia mula mengorak langkah bila mula berblog dgn bantuan suaminya yg mahir dlm bidang IT. Kawan aku ni pulak, suka memasak dan mencuba resepi baru juga suka ambil gambar masakannya.
Rezekinya bermula di poli Tanjung Malim dgn ambil tempahan kek. Dia semakin berani dgn menerima tawaran memasuki pertandingan masakan utk blogger tajaan Simplot. Dia menang tempat ketiga.
Satu demi satu tawaran diterima, masuk majalah, surat khabar dan tak mustahil satu hari nanti dia masuk pertandingan Master Chef dan jadi selebriti pulak. Dah rezeki, kan!
Rezeki lagi bila dia berjaya dapat tawaran biasiswa untuk sambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) setelah kali keempat memohon. Gigih, kan kawan aku ni.
Moga maju jaya selalu le duhai kawan. Daaahhh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih. Moga dirahmati.