Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Rabu, 23 Oktober 2013

Akhirnya Kau Kumiliki

Assalam...
Pada Sabtu, 19 Oktober 2013, Samsung Galaxy Note 3 akhirnya menjadi miliki aku. 3 kali pergi balik dari Jitra ke Sentosa Mall, Alor Setar utk urusan peminangan.

Kali pertama aku pergi pada sebelah pagi. Aku lupa bawa tepon lama, Samsung Galaxy SL utk copy data. Duit pun belum keluarkan lagi. Suami cadangkan balik rumah dulu utk ambil tepon & terus keluarkan duit. Pukul 4 pm kami tiba setelah lama terperangkap dlm kereta krn hujan lebat.

Harga jualan Note 3 ni RM2199. Sepatutnya RM2399. Murah sikit sebab tak ambik cover original. Beli cover lain & tinted semuanya RM120. Gilakan bila tinted yg elok katanya RM40. Aku tengok elok lagi tinted yg aku dapat free masa beli Samsung Galaxy SL tu. Nasib le kalau kena 'kencing' dgn diorang. Oleh krn suami trade in tepon lama Sony Xperia, dapat le kurang RM150.

Balik rumah utk caj bateri, 5 masalah pulak bila power bateri semakin kurang (caj tak masuk). Sebelum pukul 8, selepas solat kami dah berada di Sentosa Mall. Rupanya alat pengecas kami tu rosak. Dah ditukar yg baru, barulah ok.

Masalah seterusnya muncul bila tak tahu guna S-pen. Tapi, yakin bukan pen tu yg rosak, aku yg tak reti guna.
Godek-godek sana sini, baru le tahu cam ne nak keluarkan semula menu air commandnya tu.

Ketidakpuasan hati yg seterusnya ialah bila bateri cepat sangat habis bila onkan wifi. Tah le. Ni le bahana canggis sangat. He, he...rasakan. Daaahhh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.