Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Sabtu, 5 Oktober 2013

From Taiping With Love

Assalam...

Ni citer pada Jumaat lepas. Aku & family ke Iktikad Raya, AutoCity, Penang utk service kereta. Plan asal nak menginap di Penang tapi hotel penuh. Makanya, kami lajak ke Taiping.

Taiping dah biasa aku pergi sebab ikut suami melawat pelajar praktikal. Kali ni pergi untuk bersantai je. Kami menginap di kondotel murah, Penang Golf Resort. Dah nak murah punya pasal, tak de Astro, tak de Wifi. Walaupun kat lobi ada tertulis Wifi, aku lepak kat situ, haram nak ada signal. Malas nak tanya kat kaunter.

Aktiviti petang Jumaat tu ialah ke Zoo Taiping je. Tu pun cuma naik train yg disediakan. Takut anak-anal tak larat nak jalan. Suami pun sama, dia malas nak jalan jauh-jauh (tapi ada hati nak kurus). Aku ni teruja nak pi kandang rimau, singa & badak air. Apa nak buat, tak de yg nak meneman. Cukup le sekadar tengok dari jauh sekilas pandang.

Sejam je kami di zoo, pas tu bergegas balik utk aktiviti besar....berendam di kolam. Tu aktiviti utama anak-anak aku kalau berada di hotel. Menci I. Apa tak nya, aki tak de swimming suit, boring je tunggu kat tepi tu tengok anak & ayahnya berendam.

Aku pun mogok tak mau teman dan naik ke bilik utk membuta. Tak leh jadi cam ni, aku nak kena cari gak swimming suit muslimah pas ni.
Malam tiada aktiviti apa, cuma keluar sekejap utk tapau dinner. Ahda awal lagi membuta. Lepas dinner dlm bilik, kami pun Zzzzzz.

Esok pagi selepas breakfast, sambung lagi aktiviti berendam. Kali ni aku lepak sat kat kolam. Setengah jam kemudian, aku blah ke bilik utk kemas barang utk balik.
Kami check out awal sebelum 12.00 pm. Kami tak terus balik tapi singgah di rumah bapa pengasuh Adam & rumah sepupu suami di Parit Buntar. Pukul 3.00 pm baru kami bertolak balik ke Kedah.
Ilmu baru yg aku dapat sewaktu di rumah sepupu suami ialah membuat Cucur Pulut (pisang goreng yg dibalut dengan campuran tepung pulut dan tepubg gandum). Cucur ni hanya boleh di dapati di kampung suami aku je kat Sarawak tu.

Kalau berkesempatan utk buat cucur tu, aku upload le gambornya. Sebelum tu, layankan aje le gambor-gambor yg ada kat sini dulu. Daaahhh.

Namanya


Bahagian hadapan yang tak semenggah..he, he!!


Bilik-biliknya

Ruang rehat...Ahda ayu bersimpuh.

Katilnya.
Ahda tak sabar nak tidur di petang hari.

Dapurnya yang siap ada mikrowave.

Bilik air yang cenonet.

Ahda di beranda

Kolam renang di bawah bilik

JanaView Condotel...Jana tu nama jalan

Kolam berhampiran bilik penginapan

Masa untuk berendam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.