Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Selasa, 8 Oktober 2013

C-Mart BDI Milik Chin Hin Runtuh

Assalam....

C-Mart BDI (Bandar Darulaman Industri) baru aja dibuka dalam bulan Ramadhan 2013 yg lalu. Rasanya baru dalam 3 bulan dibuka. Biasanya yg banyak berita bangunan atau bumbung runtuh-runtuh ni di Terengganu. Tapi, kali ni berlaku di Jitra, Kedah, depan ofis je ni. Teruk juga keadaannya. Sekarang ni, segala operasi urusniaga dihentikan.

Bila dah runtuh ni, macam-macam le citer keluar. Bangunan tak dapat CF lah dah kalut nak buka sempena Ramadhan Syawal yg bakal tiba ari tu.

Asalnya, bangunan ini adalah rangka bangunan kilang Nona Roguy. Disebabkan beberapa masalah, akhirnya terbengkalai lama. Ada je syarikat lain nak ambik alih, buat sikit kerja, kemudian tak jadi. Khabarnya ada gangguan. Tapi, akhirnya Chin Hin berjaya ambil alih. Bangunan lama masih dikekalkan.

Di bawah ni beberapa keping gambar runtuhan tersebut.

Gambar diambil oleh kawan ofis aku.

Ramai orang awam menyaksikan bagai pesta le pulok!
naseb p kmaqen..lau x ????ermmmmm.....
Gambar runtuhan dari jarak dekat.
Lagi gambar runtuhan dari jarak dekat.



Vidoe amatur saat runtuhan berlaku boleh lihat sini

Khabarnya, pada peringkat awal Chin Hin ambil alih, ada makhluk halus mengamuk dan lari mengacau pelajar asrama perempuan POLIMAS. Ramai yg histeria. Wallahua'lam.
Kini ada lagi makhluk yg mengamuk hingga runtuh C-Mart BDI. Penyebab kepada runtuhan tersebut telahpun dikenalpasti...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Haaaa....ultaman daaaa sedang berlawan dengan raksasa ikan keli katanya. Ini aku copy dari pemilik blog yg tertulis kat gambar tu. Daaahhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.