Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Jumaat, 21 Februari 2014

Khidmat Sosial Lagi

Assalam....

Khidmat sosial kali ni anjuran Kelab Pemasaran, Jabatan Perdagangan. Hanya ada 2 org pensyarah yg confirm pergi. Aku terpanggil utk meramaikan majlis lebih2 lagi bila KP Akauntansi ajak tumpang kereta dia.

Aktiviti kali ni berlangsung di sebuah pusat jagaan di Padang Sanai, Kuala Nerang. Penghuninya dlm 39 org je dgn 10 org perempuan, antara darjah 2 hingga 22 tahun. Ada yg tinggal di sini kerana masalah sosial, tak mahu bersekolah, miskin dan anak yatim.

Maklumat lanjut tentang pusat jagaan ini boleh dibaca di sini.


Tak byk aktiviti gotong-royong yg boleh dibuat kerana kawasan yg kecil dan memang sedia bersih. Guru dan penjaga penghuni di sini dah berkemas sedari awal pagi lagi.

Ketika kami sampai dlm pukul 9.00 pagi, terdapat anak-anak yg baru balik dari sekolah (Mereka bersekolah pada Sabtu kerana sekolah ambil cuti berganti tetapi mereka balik awal kerana aktiviti kami).

Sebelum aktiviti bermula, urusetia yg terdiri dari pelajar Diploma Pemasaran dan penghuni pusat ini bersarapan terlebih dahulu. Usai sarapan, sedikit aktiviti gotong-royong dibuat iaitu menggumpulkan dedaun pokok getah yg bertimbun di laluan masuk, mencuci tingkap, membersihkan tandas dan mengembur tanah di pasu pokok bunga (tu kerja aku le tu...he, he).

Habis gotong-royong, diteruskan dgn aktiviti  LDK. Mereka dibahagikan kpd 5 kumpulan dan akan mempersembahkan sketsa pendek yg ada unsur nasihat dan pengajaran.

Berbincang tentang sketsa yg akan dipersembahkan.

Bincang, jgn tak bincang...

Antara sketsa yg sedang dipersembahkan.

Hebat juga lakonan mereka. Setelah pemenang diumumkan, majlis berehat dengan makan tengah hari. Aku tak makan sebab masih kenyang dgn kue tiaw goreng.

Sebelum masuk Zohor, aku dan KP beredar dulu kerana KP ku usung baby, 2 anak bersekolah rendah dan 'anak sulung' yg dah bekerja. Suami dia, daaaaa. Sebelum blah, sempatlah bergambar dgn penganjur.

Aku, Akidah, KP Faizatul dan Ckin.

Selepas solat Zohor berjemaah nanti, mereka akan sambung dgn pelbagai aktiviti lagi seperti pertandingan mewarna dan sukaneka. Minta maaflah tak dapat turut serta.

Terima kasih atas segalanya. Moga apa yg disumbangkan dapat dimanfaatkan di samping memperolehi pahala utk bekalan di akhirat. Daaahhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.