Assalam....
Pada hari keempat kami di Kemboja iaitu hari ketiga di Kg. Phnom Norea ni, aktiviti di pagi hari setelah bersarapan ialah menjadi pembantu cedok makanan di hari kenduri aqiqah. Semua makanan telah dimasak oleh penduduk kampung. Kami tukang cedok & makan je. Hasil usaha sukarelawan & penderma budiman, Our Touch berjaya menyumbangkan 1 ekor lembu untuk kenduri beserta beras dan bahan mentah lain. Lauk kenduri ialah gulai daging, acar timun & sambal belacan. Gambar cedok mencedok & lauk kenduri ada dlm PC. Malaih den nak pindah-memindah. Nanti kurajin, kuupdate le utk rujukanku nanti. Sabor je le.
Pada hari kenduri, kami dah tak lalu nak makan nasi. Kami makan roti je (roti panjang macam roti Perancis tu). Gulai diorang sedap, macam gulai kita juga, cuma byk sangat penggunaan serbuk perasa sehingga rasa manis semacam. Tu yg potong selera aku yg masa tu tak berapa sihat (pembawaan budak le katakan).
Pada hari itu juga diadakan penyerahan 10 kg beras utk penduduk kampung yg tak terpilih kelmarin. Pihak Our Touch menambah 30 guni x 50 kg beras lagi dgn kos US$1080 utk tujuan tersebut. Harap semua berpuas hati.
|
Sehari sebelum kenduri. Kaum perempuan sibuk buat persiapan. |
|
Sehari sebelum kenduri, sukarelawan berehat kepenatan. |
|
Beras tambahan utk sumbangan di hari kenduri. |
|
Sarapanku sebelum bertugas nanti |
|
Suasana di hari kenduri sebelum makanan dihidangkan. |
|
Kanak-kanak OKU warga Malaysia mohon simpati bantuan sara hidup. Ditinggalkan bapa rakyat Malaysia. |
Selepas kenduri, aktiviti diteruskan dgn pertandingan mewarna utk kanak-kanak. Apa yg menyedihkan, cikgu di sekolah tu kata, itulah kali pertama kanak-kanak itu menggunakan pensil warna. Kalau ada pun yg pernah, mungkin sorang dua aja yg dari kalangan yg agak berduit. Kesian mereka. Lagi kesian, kami tak faham bahasa mereka, tak faham apa yg mereka tanyakan & mereka juga tidak memahami Bahasa Melayu, mahupun Bahasa Inggeris. Mujur ada seorang guru muda yg mahir berbahasa Inggeris....Teacher Souney.
|
Suasana di dalam kelas |
|
Sedang melukis dan mewarna |
|
Si comel....haiippppp ada jari monster lak. Kacau. |
|
Para pemenang peraduan melukis & mewarna bersama sukarelawan, Madam Anis & Teacher Souney. |
|
Teacher Souney tengah agihkan kad kpd sukarelawan
|
Habis je aktiviti melukis & mewarna, kami terus ke tempat rehat kami utk aktiviti menyiapkan layang-layang. Seorang sukarelawan utk 2 orang kanak-kanak siapkan satu layang-layang. Mulanya aku panik gak sebab tak reti buat. Tapi, bila tau kanak-kanak tu lebih pakar, lega le sikit. Aku siap dibantu oleh Kak Asiah, org tengah & juru bahasa kami sepanjang di Phnom Norea. Terima kasih, kak.
|
Dah siap...sedia utk diterbangkan. |
|
Di sawah tempat bermain layang-layang....terbang tinggi-tinggi.
|
Akhirnya berakhirlah aktiviti kami utk hari itu. Kami berkumpul semula di ruang rehat yg disediakan sambil menunggu utk makan malam. Daaahhh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih. Moga dirahmati.