Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Khamis, 27 Februari 2014

Alahai, Student Aku....!!!!

Assalam...

Gambar ehsan google.


Dua hari lepas adalah hari sibuk aku marking assignment BC101 Computer Application berkaitan Asas Pembinaan Blog dan Power Point. Bila melibatkan hal-hal kena buka email ni, lambat le sikit aku nak marking. 

Ingat ke settle semua, rupanya macam-macam masalah. Bagi alamat blog yg salah, sampai aku tak boleh nak access. Aku korbankan prepaid dgn sms mereka-mereka yg berkenaan tapi yg ambil berat cuma pelajar bukan Melayu. Pelajar Melayu lak, haram tak balas sms aku. 

Malam Selasa baru settle pasal assignment blog tu. Yg pastinya pelajar terakhir yg hantar ialah pelajar Melayu pompuan. Siap bagi alasan & minta tangguh sampai Khamis. Banyak le ko punya songgih.

Malam kelmarin pulak (Rabu), akceli pagi Khamis le sebab aku terima call beberapa minit nak pukul 1 pagi. Bertuah punya budak. Ko tak tau malam siang ke?? Nombor tu tiada dlm simpanan aku, jadi tidak kukenali tapi sebab risau ada panggilan penting, aku jawab jugak. Rupa-rupanya student pompuan nak minta maaf sebab lewat hantar assignment dgn alasan baru baca sms dari tepon yg jarang2 digunakan. 

Ni lagi satu yg buat aku hangin. Yg ko bagi no tepon tu kat aku nape. Dah aku ingatkan, bagi no tepon yg boleh dihubungi. Heran betul aku bila pelajar ada lebih dari satu nombor & lebih dari satu biji tepon. Apa motif??? 

Setelah aku patahkan perbualan dgn assalamu'alaikum (budak tu nak teruskan perbualan dgn alasan2nya tapi aku tak mau dengar dah), beberapa minit kemudian masuk sms dgn url blog. Aaiiikkk...bukan aku dah habis marking pasal blog ke. Yg ko hantar lagi pe hal? Ko tak reti baca sms aku ke? Aku suruh hantar assignment Power Point, bukannya blog. Yg blog tu aku dah bagi ko full mark (100%). Yg ko tak hantar ialah fail Power Point. Lantak ko lah. Kerja sendiri pun tak tahu. Malas dah aku. Penat dgn karenah yg macam-macam ni.

Tak habis lagi ni. Ada sorang lagi punya alkisah. Assignment 2 minggu lepas (Spreadsheet) tak hantar lagi hingga sekarang. Dah 2 minggu aku bagi peluang utk datang jumpa aku, haram tak datang. Bukan tu je, assignment terkini, Power Point pun tak hantar juga. Sms tak dibalas. Ini lagi satu anak Melayu pompuan. Lantak ko le. Aku dah bagi peluang. Peluang dah ditutup. Rayuan tak diterima lagi. 

Fuuuuhhhh....penat meluah perasaan. Apa-apa pun aku buat bukan atas dasar dendam tapi dengam niat utk mendidik & mendisiplinkan pelajar itu sendiri. Moga jadi pengajaran. Daaahhhh.

Poning den dogan ekau ni....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.