Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Jumaat, 15 November 2013

Pertama Kali Masuk Wad

Assalam...

Ni citer lama, tapi baru nak tulis. Hu, hu. Ni kisah suamiku warded di Kedah Medical Centre (KMC/KPJ) pada 6 November 2013 (Rabu) sebab sakit belakang & kencing keruh. Dikhuatiri sakit buah pinggang.

Aku cemas le jugak sebab suamiku sebelum ni tak pernah ada sakit teruk dan tak pernah warded. Selepas ambik Adam dari sekolah pukul 1.45 pm, aku terus balik rumah utk packing baju & keperluan asas.

Tiba di wad 706, aku pun buka le polisterin makanan tengah hariku. Belum sempat melantak, nurse datang utk bawa suami buat MRI. Walaupun aku lapar sebab dah hampir pukul 3.00 pm tapi aku lum lunch, tapi mengenangkan suamiku tak sihat, aku ikut temani dia ke bilik MRI tu.

Setelah 1 jam di sana, suamiku ditolak keluar dgn kerusi roda dgn wajah ceria. Kembali semula ke bilik 706 & dapatkah aku makan bekal yg kubawa. Memandangkan result MRI tak tau bila nak keluar, aku minta diri balik dulu.

Suami tak benarkan aku & anak-anak temankan dia di wad sebab katanya banyak kuman.

Selapas pukul 5.00 pm, suami tepon bagitau result MRI tu tiada menunjukkan apa-apa penyakit serius. Alhamdulillah. Maknanya, esok dah boleh discharge.

Disebabkan kunci kereta suami, aku terbawa balik rumah, kenalah aku ke KMC esoknya utk hantar kunci semula. Padan muka. Tapi, sekurang-kurangnya, segalanya berakhir dgn baik-baik saja. Alhamdulillah. Daaahhh.


Kat bawah ni gambar hiasan di depan wad dan dinding & lelangit berhadapan lif. Cantik kalau buat kat rumah aku. Hu, hu...



1 ulasan:

  1. salam, kami ada menjual Jus Delima Bio Emas sebagai salah satu ikhtiar untuk mengurangkan simptom simptom penyakit :) boleh rujuk website kami di http://bioemas.com atau facebook page: pirza store / kembara delima biz untuk maklumat lebih lanjut :)

    stay positive & semoga suami puan cepat sihat :)

    BalasPadam

Terima kasih. Moga dirahmati.