Assalam...
Dengan beraninya sambil melupakan kenangan gagal kali pertama, aku nekadkan diri menyertai Kursus Jahitan Baju Kurung Moden pada 17 -19 November 2013 di Kolej Komuniti Bandar Datul Aman ( KKBDA).
Setelah gagal belajar menjahit baju kebaya, aku terus tak guna dah mesin jahit mudah alih (portable) tu. Suami aku yg rajin guna utk jahit & ubahsuai baju dia.
Memandangkan punya masa terluang sebab student poli belum masuk, aku korbankan RM70 utk belajar buat kurung moden.
Hari pertama pun aku rasa dah nak surrender. Lambat betul aku nak fahamkan cara melukis dasar tu. Kemudian, nak 'menggelek' dgn kertas karbon pun satu hal. Nak jahit tepi, nak jahit guna mesin industri (heavy duty) tu, segalanya mengharukan.
Selama 3 hari di KKBDA Banyak yg aku minta tolong org. Jahit tepi, cikgu & Izah, jahit pinggang pun aku minta tolong Izah, utk sambung lapik leher aku minta tolong Kak Lia & utk jahit bawah baju dan hujung tangan, cikgu yg tolongkan. Ha, ha, ha....
Akhirnya, siap le jugak baju aku yg tak seberapa. Janji bercantum je. Tapi, ia bisa menyemarakkan senangat & mencelik akalku bagaimana nak jahit baju.
Minggu depan ada lagi kelas menjahit. Kali ni jahit baju kurung anjuran PUSPANITA, POLIMAS. Aku dah tak larat bak join. Aku rasa jahit baju kurung ni senang sikit cuma part leher tu yg aku tak reti. Tak pe le. Nanti aku rujuk kat blog ni http://kedaijahitku-jahit.blogspot.com/2011/09/pola-kurung-moden.html?m=0.
Daaahhh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih. Moga dirahmati.