Assalam...
Ingat lagi dak citer pasal suamiku yg sakit belakang hingga ditahan di wad KMC. Selain dari berikhtiar di Darul Syifa, suami juga berubat dgn seorang pengamal perubatan di Padang Besar, Perlis.
Suami mula berubat pada Selasa, 19/11/2013. Pagi esoknya aku rasa sakit di bahagian belakang bwh tulang belikat. Aku anggap ia kesan dari menjahit hari tu.
Kesakitan itu masih kurasa hingga kini terutama apabila berdiri lama. Sakit mencucuk, pedih, senak & kekadang rasa sejuk. Aku biarkan.
Pada Sabtu, aku prepare bahan utk buat Laksa Johor sampai sanggup ke Pasar Jitra sendirian. Masa dok rebus spageti, barulah aku tahu bahawa akan ada tetamu yg nak dtg. Tetamu tersebut adalah pengamal perubatan yg mengubat suami aku tempoh hari.
Tunggu dari pukul 4.30 pm, hampir pukul 6.00 pm barulah tetamu yg seramai 6 org (termasuk 2 org si cilik) tu muncul. Pukul 6.30 pm pengubatan dimulakan. Bahan yg digunakan ialah telur ayam, beras, bijan hitam, garam kasar, kunyit, air, sejenis kulit pokok & tanah belakang rumah aku.
Ada bacaan ayat Quran digunakan tapi betul atau tidak, tak pastilah aku. Dua, tiga biji telur ayam dialin di badan suami. Bila telur dipecahkan, keluarlah sebatang jarum jahit yg masih berkilat yg menandakan ia masih baru. Telur lain kosong.
Telur dan pinggan yg digunakan utk pecahkan telur tadi dibungkus dlm plastik dan diminta dibuang ke dalam sungai yg mengalir deras. Makanya, Sungai Jerlun menjadi mangsanya. Sebab tu le org tua-tua pesan, kalau jumpa apa-apa bekas atau botol, jgn sesekali dibuka penutupnya. Dikhuatiri apa yg 'dipenjarakan' di dalam tu, terlepas keluar.
Kini, aku diselubungi tanda tanya. Apa yg mencucuk pedih di bawah tulang belikatku ini? Perlukah aku buat MRI?
Tolonglah, ya Allah. Sihatkanlah aku sebab tarikh utk ke Kemboja dah semakin hampir. Daaahhh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih. Moga dirahmati.