Assalam...
Dah separuh hari beraya tapi bagiku tiada apa-apa perasaan gembira atau kemenangan. Tahun ni aku 'kalah'. Aku 'menang' pun kerana Irsyad.
Sebulan 'hutang'ku. Itu yg membuatkan aku tidak rasai kemanisan berhari raya. Ditambah pula dgn aku masih dlm pantang dan diserang sakit-sakit urat macam org nak demam rasanya.
Lagi satu kesedihanku ialah terpaksa beraya di rumah sendiri. Ibu bapaku tak dapat datang kerana kereta 'tak sihat'. Apalah malang. Waktu aku bersalin pun mereka tak dapat datang kerana menjaga cucu (anak abang aku) yg bersekolah. Nak kata apa lagi??? Redhakanlah.
Menghormati Aidilfitri, aku sediakan juga Rendang Ayam Nogori dan Rendang Daging. Malangnya, rendang dagingku tak menjadi. Salah satu sebabnya, daun limau purut tu muda sangat. Tak de bau dan menjadikan rasa yg tidak enak. Masalah lain, masak dlm keadaan kelam-kabut dgn Irsyad dan marah dgn suami sebab pi surau tak balik-balik. Boleh, gitu??
Aku harap masih ada Ramadhan dan Syawal untukku di tahun hadapan. Aku mau nikmati manisnya rasa 'kemenangan' itu. Aku juga nak buat ibadah, baca Quran, sediakan lauk berbuka serta bersahur utk suami dan Adam. Kesian mereka. Daaahhh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih. Moga dirahmati.