Assalam...
Hari ni, Irsyad dah 30 hari tapi kuning masih ada lagi. Pada 21/7, Irsyad ke GH untuk diambil darah. 23/7, Irsyad jumpa doktor untuk tahu keputusan ujian darah. Alhamdulillah, Irsyad tiada masalah tiroid. Sekarang ni, tengah tunggu keputusan sama ada Irsyad ada masalah hati, salur hempedu atau tiada masalah.
Harap semuanya ok. 5/8 nanti, Irsyad kena pergi klinik kesihatan utk ambil suntikan usia 1 bulan dan pada 15/9 nanti, Irsyad kena buat ujian ultrasound. Masalahnya, nak kena puasa 4 jam. Eeeerrr...itu mama khuatir. Rasa macam tak mungkin terjadi. Ha, ha, ha....
Oh, lupa nak citer. Masa jumpa doktor pada 23/7 tu, berat Irsyad ialah 2.3 kg berbanding waktu keluar wad, 1.96 kg. Masalahnya, doktor kata, kadar pertambahan berat badan Irsyad terlalu perlahan. Apa taknya, susu hanya minum 40 ml dan dihabiskan dlm tempoh 1 - 2 jam. Satu botol tu leh 4 - 5 kali ulang minum.
Citer seterusnya pulak ialah ikhtiar utk atasi kuning. Aku guna serbuk mutiara dan herba mandian yg dibeli dari farmasi. Kita tengok le hasilnya bagaimana. Selain tu, aku nak cuba juga bagi perahan anggur hitam, mandi dgn air rebusan daun dukung anak dan daun durian belanda.
Kita cuma berusaha, Allah jua yg menyembuhkan. Daaahhh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih. Moga dirahmati.