Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Jumaat, 3 Januari 2014

8 minggu

Assalam...

Makin lama, makin malas aku nak memblogkan diri. Alhamdulillah, aku dah 8 minggu hamil. Pertama kali rasai 'morning sickness'. Namun, kandungan sebelum ni lebih teruk rasanya...pening-pening lalat sepanjang hari tapi aku tak mual. Kali ni, dr pukul 9 - 10 pagi, aku mula rasa mual. Tengah hari ok sikit. Masuk pukul 5 petang je aku mula rasa mual semula.

Nafsu makan aku juga mula meningkat. Tp, sedang enak menikmati, ditengah-tengahnya aku mula rasa mual. Aku cuba juga makan asam tapi tak membantu sangat. Aku tak suka 'mencicah' tapi suka makan jambu air boh serbuk asam boi + garam sikit. 

Aku juga kerap rasa lapar. Malam ni aku dinner dgn pizza Dominos & lasagna. Alhamdulillah, suamiku cukup mengerti. Sebut je aku nak makan apa, dia akan carikan. Tapi, bukan le minta masa dua tengah tidur ke, tengah buat kerja ke, tu bukan dapat pizza, silap ribulan dapat jerkahan. Makanya, order le bila tiba waktu makan atau dia berada di luar jalan-jalan.

Dalam 'tak sihat'pun aku masak time lunch tadi tau. Aku masak asam tumis ikan kerapu yg tinggal baki beberapa ketul tu. Lapar dan teringin punya pasal. Ikannya sikit je, yg banyaknya terung dan kacang bendi. Waaalllaaahhh.

Asam tumis ikan kerapu. Abaikan yg sememeh kat tepi mangkuk tu. He, he..

Moga apa yg aku makan dapat menyihatkan kandunganku dan sempurnakan kejadiannya. Amin. Daaahhh.

Ilustrasi kehamilan 8 minggu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.