Creme Brulee ni aku buat pada 8/9/13 sempena pot luck jabatan. Kalau nak tahu, creme brulee ni macam puding karamel cuma lebih soft & lemak berkrim. Aku ambik resepi dari blog Kak Jee. Kak Jee gantikan whipping cream dgn susu segar & susu cair. Disebabkan aku pun tak ada stok whipping cream, makanya sesuai sangatlah aku rujuk resepi tu. Nanti nak cuba resepi yg guna whipping cream seperti di blog Hasue.
Aku tak de 'torch' utk cairkan gula kat atas puding tu. Aku pun ikut le cara Hasue yg taburkan gula kat atas puding tu dan bakar sekejap dalam oven. Dia bakar dan terus makan. Aku lak, dah bakar biar sejuk dulu untuk masuk dalam peti es. Beberapa jam kemudian..............walahwalah......sudah bertukar jadi Puding Karamel siap berkuah lagi tu. Lantok le. Masukkan dalam peti es, esok bawa pi ofis.
Kejadiannya adalah seperti di bawah.
Creme Brulee ku sebelum bertukar menjadi Cream Caramel. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih. Moga dirahmati.