Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Selasa, 24 September 2013

13 Jam A380

Assalam...

Novel lagi. Apa le budak ni, tak berkembang langsung. Orang suruh buat research nak naik pangkat, dia asyik bernovel je. Weeiii....suka hati aku le!!! (sebonar, eh aku ni fobia bab-bab naik pangkat ni sebab banyak kriteria tak dipenuhi. Tak layak beb).

Novel 13 Jam A380 ni karya Evelyn Rose. Pertama kali baca karya dia. Tak habis baca lagi. Kisah cinta dlm kapal terbang dgn lelaki jutawan yg dah lama diangan-angankan.

Aku pernah gak berdoa utk duduk sebelah secret admirer dalam bas utk balik kampung masa kat kolej dulu. Doa aku, kalau aku dan dia ada jodoh, tempatkanlah kerusi tempat duduk dlm bas tu sebelah 'si dia'.
Yup, hampir dikabulkan sebab masa aku naik bas, aku nampak tempat kosong sebelah 'si dia' & tak nampak tempat lain. Baru je aku nak duduk...tup, tup, ada sorang minah ni panggil dok sebelah dia. 'Prang'... berderai angananku. Makanya, tiada jodoh le antara kita. Ku tidak berharap lagi. Ha, ha, ha...bodoh kisah cinta rasa sensorang ni. Daaahh.

Ni novel kawan aku. Tukar menukar je.

Sabtu, 21 September 2013

Aplikasi Baru...Blogger-droid

Assalam...
Bukan le baru di pasaran tapi aku yg baru mencuba. Tak best le. Best lagi aplikasi lama yg aku guna. Saja je nak cuba. Apa-apa pun mana boleh tanding dengan guna komputer, ek!

Pelaburanku Merundum

Assalam...

Pelaburan adalah satu langkah untuk meningkatkan kekayaan. Perolehan atas sesuatu pelaburan bergantung kpd risiko. Semakin tinggi risiko sesuatu pelaburan, semakin tinggi pulangannya (the higher the risk, the higher the return).

Aku ni tergolong dalam pelabur yg tak sukakan risiko (risk averse investor), maka sesuai le aku melabur dalam saham koperasi Bank Persatuan. Pada awal tahun pelaburan,  dividennya tinggi dlm belas2 peratus gitu. Kemudian turun kepada 10%, turun lagi kepada 8% dan tahun ini makin turun kepada 6%. Huaaaa...!!! Nape le rendah sangat. Aku dah labur RM15,000 tau tapi cam gini jadinya.

Memang le aku tak hilang modal tapi itu je le pelaburan yg aku ada selain ASB. Takkan aku nak jual saham tu dan labur semua dalam ASB. Dah le ASB tu pulangannya paling tinggi pun 8%. Nanti le aku try tengok Unit Trust & Fixed Deposit. Janji yg berisiko rendah. Yg nak kena pantau-pantau harga ni aku tak minat sebab pemalas, hu, hu, hu!!!! Daaaahhh.

Jumaat, 20 September 2013

Samsung Note 3....Yang Ditunggu Dah Tiba

Assalam...

Sekian lama kunanti, akhirnya telah dilancarkan di Malaysia dan mula dijual pada 25 September 2013. Walaupun aku tak le reti nak guna yg cangih manggis tu, tapi tetap tak mematahkan semangatku untuk memilikinya.

Tentang harganya RM2399 tu, memang telah kujangka. Tapi, tak bermakna akukan terburu-buru beli. Nak tunggu kot ada kaler yg lebih menarik. Sekarang ni aku tengok ada kaler hitam putih je. Nanti le aku fikirkan. Bukan singgit dua reganya. Boleh baca review kat bawah ni. Daaahhh.

Jodoh Itu Milik Kita

Assalam....

Berjodoh lagi kita. He, he, he....apa lagi kalau tak ber'novel'. Encik Suami masih sibuk repair tesis PhDnya di ofis. Cuti pun pergi ofis sebab kat rumah tak akan temui ketenangan. Nak tenang cam ne dgn kerenah 2 orang anak-anak keletah yg sedang membesar tu. Aku relakan je dia ke ofis dari aku pulak tension bila dia tension dgn anak-anak tu.

Lupa pulak nak bagitahu, novel ni aku tak beli. Aku tukar novel dgn kawan ofis ku...adik Shuriyani. TQ, Shu.

Aku pun boring ni tapi malas lak nak usung anak utk window shopping. Makanya, mentelaah le kita. Masak? Aku je yg makan, aku cuti masak le hari ni. Makan maggi je nanti. Itulah masakan aku yg paling sedap pada anak aku, Adam. Hu, hu, hu...daaahhh.

Screen Capture....Kini Baruku Tahu

Assalam....

Sukanya sebab baru tahu macam mana nak buat screen capture. Tangkap gambar dari skrin tepon sendiri.

Walaupun aku baru tau nak buat, bukan bermakna sebelum ni tak pernah buat. Selalu je ada imej screen capture dlm picture gallery tapi dalam keadaan misteri le. Tak tau macam mana boleh jadi & tak tau nak tekan apa.

Aku dah tanya kawan2 kat ofis JP1 tapi sorang pun tak tahu. Jadi, kiranya aku ni belum ketinggalan dalam erti sebenarlah, ye! Muahaha!!! (gelak org tak mau ngaku kalah).

Utk tepon Samsung Galaxy aku ni, cuma tekan butang 'back' dan tanpa melepaskannya, tekan butang 'home'. Senang gila. Aku tau ni hasil google di internet. TQ utk blog yg terlibat. Lupa lak blog apa yg aku rujuk.

Ni le hasil screen capture tu. Daaah.

Isnin, 16 September 2013

Dia Bukan Suamiku

Assalam...

Haaaaaa...drama tajuk tu lum ada lagi, tau! Leh le sapa-sapa arahkan. Yg sedang hangat di kaca TV ialah drama 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'.

Aku sudah. Korang dah baca? Komen aku.....over sikit le dlm novel ni. Kat drama tak leh le tiru cam yg diceritakan dlm novel ni. Kang jadi filem 18sx lak.

Apa-apapun, aku lebih suka tengok drama sebab pe....sebab lebih ekspresi. Lebih-lebih lagi watak Si Firash tu. Cute sesangat. Watak mama Firash pun aku suka. Sweet & soft sesangat. Bertuah le ada mak cam gitu.

Apam Tepung Beras....salah resepikah?

Assalam.

Dah lama teringin nak buat apam tepung beras ni, tp petang tadi baru buat. Masalah bermula bila sukatan susu cair yg digunakan utk melarutkan tepung macam tak cukup. 1 cawan tepung dgn 1/2 cawan susu, berketul jadinya. Makanya, dgn 'kebijaksaan' aku, habis satu cawan susu utk larutkan tepung.
Masalah kedua muncul bila aku nak kukus apam. Berapa minit nak kena kukus? Belek tepon utk baca resepi (aku rujuk resepi online, 'My Resepi'), tapi.....aik, sapa lak tutup internet ni!!! Kucuba on kan semula, namun 'My Resepi' tak leh buka lak. Aku main agak2 sendiri.

Bila sampai tempoh yg aku agak tu.....taraaaaaa.....terkezut den. Apa dah jadi? Nape jadi cam bingka lak ni. Keras liat, tak gebu cam apam. Dah le 'My Resepi' tak leh buka sampai ke sudah. Rasanya aku dah ikut satu2 step yg diajar. Salah baking powder ke? Salah susu ke? Sebab bahan tu dah agak lama. Lagipun aku campur susu dgn santan. Dua2 tu sejuk baru kuar peti es.

Tak pe....tak pe. Aku ni jenis kuat semangat. Akan kucuba lagi. Dah berjaya baru aku boh gambor, ye! Dah.

Novel lagi

Assalam...

Sempena cuti panjang, Jumaat hingga Isnin (Ahad aku mohon cuti) dan suami kena ngajar kelas PJJ pada Sabtu malam (akan keluar rumah selepas Asar @ lebih awal. Maknanya, tak dan nak pergi jenjalan), aku telah cari 2 peneman baru. Sapa yg dok kat Jitra ni, boleh dapatkan di kedai Kaki Novel, aras 1, Aneka Mall.

Tah berapa minggu nak habis baca ni. Kena le lambat-lambatkan, kalau beli hari ni, hari ni habis baca, kopak le duit aku nak kena beli novel baru. Daaahhhh.

Creme Brulee Jadi Caramel Pudding

Assalam...

Creme Brulee ni aku buat pada 8/9/13 sempena pot luck jabatan. Kalau nak tahu, creme brulee ni macam puding karamel cuma lebih soft & lemak berkrim. Aku ambik resepi dari blog Kak Jee. Kak Jee gantikan whipping cream dgn susu segar & susu cair. Disebabkan aku pun tak ada stok whipping cream, makanya sesuai sangatlah aku rujuk resepi tu. Nanti nak cuba resepi yg guna whipping cream seperti di blog Hasue.

Aku tak de 'torch' utk cairkan gula kat atas puding tu. Aku pun ikut le cara Hasue yg taburkan gula kat atas puding tu dan bakar sekejap dalam oven. Dia bakar dan terus makan. Aku lak, dah bakar biar sejuk dulu untuk masuk dalam peti es. Beberapa jam kemudian..............walahwalah......sudah bertukar jadi Puding Karamel siap berkuah lagi tu. Lantok le. Masukkan dalam peti es, esok bawa pi ofis.
Kejadiannya adalah seperti di bawah.

Creme Brulee ku sebelum bertukar menjadi Cream Caramel.

Jumaat, 13 September 2013

Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Assalam....

Dah lama dah aku masak sambal ni tapi malas nak menaip. Sekarang dok tengah ada mood nak memblog, maka barulah muncul.

Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Bahan-bahan:
Segenggam ikan bilis (ikut genggaman aku yg keding ni, kuatitinya sikitlah)
3 sb bawang kisar
1 sb cili kisar ( nak pedas, tambahlah lagi)
1 sudu tempoyak
Sehelai daun kunyit (kalau tak suka, tak payahlah letak)
Garam & gula

Cara-caranya:
Tumis bawang & cili kisar hingga   agak garing & masukkan tempoyak. Kacau rata. Boleh tambah sedikit air kalau agak pekat. Kacau lagi seketika.
Kemudian, masukkan ikan bilis (udang basah pun boleh juga) bersama-sama dengan daun kunyit yg dikoyak kecil (boleh juga nak dimayang halus). Kacau rata.
Perasakan dengan garam & gula. Kalau agak pekat, boleh tambah sedikit air. Pandai-pandai le ikut kesukaan masing-masing. Dah siap. Sedap.

Selamat mencuba.

Tumis bawang & cili kisar
Masukkan tempoyak & kacau rata.
Masukkan ikan bilis dan gaul sebati.
Masukkan daun kunyit & kacau lagi.
Kejadiannya......

Persediaan Terlampau Pra-konvo

Assalam...


Yeehaaa...persediaan yg lebih dari graduan yg nak konvo tu sendiri. Seminggu sebelum konvo, aku dah mula cari barang itu ini. Ada yg aku pergi cari dengan suami, ada yg aku pergi sendirian. Hasilnya, tadaaaaa...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pouch @ Beg kecil untuk pergerakan yang selesa
4 jenis tudung dengan satu inner tudung. Inner & tudung yg pertama tu tak pakai pun.
Skirt pelbagai potongan. Yg hijau pakai waktu raptai je.
Yang coklat je pakai untuk konvo sebab tapak lebih rendah. Namun menyakitkan urat keting aku.
Semuanya berjumlah RM369.10. Seronok sangat sebab suami pu cukup sporting walau masa ajak cari barang tu dah pukul 6.00 pm. Terima kasih, ye Encik Suami. Rasanya mood shoppingku dah berjaya disemarakkan. Rasa nak pergi shopping tudung lagi. Maklumlah, sekarang kan dah ada macam-macam fesyen tudung. Terima kasihlah kepada pereka-pereka fesyen tudung tu.
Lepas ni nak pergi tempah blazer baru pulak. Warna hitam. Blazer lama yg ditempah oleh jabatan pada tahun 2000, dah rosak kainnya. Alhamdulillah dengan rezeki yg ada. Masih mampu berbelanja walau harga barang semakin naik. Moga Allah lembutkan hati aku untuk banyak menderma & terus murahkan rezeki aku. Amin. Daaaahhh.

Selesai Sudah Konvokesyen

Assalam....

Kembali bersiaran. Errr...bukan aku yg berkonvo tapi student aku. Alhamdulillah konvokesyen yg ke 27 telah berlangsung pd 11 - 12 September 2013 bertempat di Dewan Wawasan (DW) yg jaraknya lebih 14 km dari tempat pengajian. Dah 3 kali konvo di sini. Pertama kali sekitar thn 2008 kerana dewan dalam proses penyelenggaraan. Kali kedua pada konvokesyen ke 26, gara-gara dewan utama terbakar, sehinggalah konvo kali ini pun masih di DW, sebab Dewan Utama POLIMAS belum dibaikpulih.

Dewan Utama POLIMAS yang terbakar pada 16/3/2012
Makanya, dari Selasa hinggalah Khamis, kami AJK yg terlibat telah berkampung di DW. Seronok & rasa lapang sebab tak perlu fikirkan pasal kuliah, hu, hu...!! Pada Selasa, seawal jam 8 pg kami berkumpul di DW utk raptai esoknya. 1.30 pm raptai selesai & pelajar ke POLIMAS utk ambil jubah.

Pada Rabu iaitu hari pertama konvo, diploma akan dianugerahkan oleh YTM Tunku Panglima Besar Kedah

Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Pada hari kedua sesi pertama, diploma akan dianugerahkan oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Paduka Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir dan sesi kedua oleh Pengarah Bahagian Kurikulum & Latihan Kerjaya, Jabatan Pembangunan Politeknik, Tn Hj Mohd Ghaus bin Ab Kadir.


Aku bertugas sebagai Pemandu Lulusan Jab. Perdagangan. Kerjanya senang juga tapi cukup mendebarkan bila sistem RFID jammed & salah nama graduan. Graduan Cina, nama yang diumumkan Melayu. Apa nak buat lagi, aku suruh mereka jalan jugak ke pentas. Kesilapan seterusnya bila graduan tak angkat sembah sewaktu terima diploma atas pentas. Mana le aku nak perasan. Aku cuma tengok kat tepi tangga je. Minta ampun le, ye! Bebudak ni pun satu. Kata dah rehersal. Apa ko buat waktu atas pentas tu????
Banyak lagi kesilapan yang tak dijangka sewaktu majlis bersama tunku puteri berlangsung. Begitu le manusia, tetap akan buat silap walau dah otai sekalipun. Hanya Allah jua yg sempurna.

Hari kedua berlangsung dengan lancar sekali. Tiada lagi kesilapan yg dikesan cuma perangai graduan yg menyakitkan hati. Keluar masuk ke tandas le, bawa masuk makanan le. Pakai kemeja tak pakai tali leher. Pakai kasut sukan. Buat rambut fesyen skinhead, tak pasal-pasal budak Cina tu kena pakai songkok. Tapi, tak salah pun. Bukan makna pakai songkok tu melambangkan Islam. Relaks brader. Sapa suruh lu cari pasal. Silalah belajar hormatkan majlis, ye!

Majlis berakhir hampir pukul 2.00 pm. Disebabkan kereta kawan yg aku tumpang tu dihalang oleh kereta lain & jalan sesak, maka kami jalan- jalan ke gerai yg ada di situ. Kemudian dapat jemputan makan tengah hari di bilik santapan di raja bersama Tn Hj Mohd Ghaus Ab Kadir. Bos kami le tu. Alhamdulillah, rezeki kami tengah hari ini ialah ayam kurma, udang masak lemak, ikan masak merah, acar telur & buah-buahan.
Hampir 3.30 pm kami dah selamat berada di rumah. Alhamdulillah, selesai sudah. Nanti aku citerkan pulak pasal persediaan aku untuk konvo yg mengalahkan graduan yg nak konvo tu sendiri. Muahaha....!! Daaaahhh.

Ketika raptai pada sebelah petang (Selasa, 10/9/2013)
Bersama team Pemandu Lulusan pada sidang terakhir (Khamis, 12/9/2013). Gambar gelap, weiiiii!!
Di aras 2, Dewan Wawasan
Rezeki kami pada penutup konvo (Khamis, 12/9/2013)

Jumaat, 6 September 2013

PDF Online Converter

Assalam....



Kali ni nak citer pasal PDF Online Converter. Terjumpa ni sebab gigih nak edit silibus kursus yang dalam bentuk PDF kepada word supaya boleh diedit. Nape lak aku nak edit silibus kursus? Aissshhh.... mana aku ada kuasa untuk sembarangan ubah silibus. Aku edit untuk delete muka surat yang tak boleh didedahkan kepada institusi lain.  

Citernya, aku ni Penyelaras Kurikulum di jabatan aku. Kalau ada bekas pelajar nak silibus penuh untuk tujuan pengecualian kredit, aku perlu le sediakan. Kalau yang boleh datang ambik sendiri atau mereka tak perlukan segera, aku akan fotostet dan poskan. Tapi, untuk yang duduk jauh atau mohon secara online, maka aku kena le emailkan yang dalam bentuk PDF atau JPEG tu. Itu yang kena edit mana yang patut. alhamdulillah aku terjumpa software tu di sini. Tak perlu download. aku takut nak download pasal antivirus komputer aku dah expired.

Mungkin aku je yang jakun baru jumpa, orang lain lama dah guna. Lantok le.


PDF to Word Online Converter




Office / Word to PDF Online Converter


Khamis, 5 September 2013

Hari Bahagia

Assalam....

Aku kahwin dah 13 tahun. Ulang tahun perkahwinan kami adalah pd 24 Ogos yg lalu. Hari bahagia yg aku maksudkan ialah hari-hari selepas berakhirnya audit SIRIM (Pensijilan Semula). Alhamdulillah, segalanya selamat & berjaya.


Lebih barakah apabila esoknya ada yg taja laksa & bihun goreng. Terima kasih adik Shuriyani & Ckin & yg lain-lain atas tajaan menu sampingan. Makanya, dari pagi sampai ke petang kami melantak laksa.
Sepanjang hari Selasa tu, aku makan 1 1/2 kuntum bunga kantan, minum 1 mug L.A Coffee Kopiko yg katanya rendah asid. Sambung makan lagi di rumah dgn ketam berlada & pucuk paku goreng (tanpa nasi). Aku hanya berdoa agar aku tak diserang kembung perut. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku minum segelas susu Omega Plus & sblm tidur aku makan satu sudu antacid.

Ada le sikit-sikit terasa sakit di perut. 'Bunyi mercun' usah citer le. Sepanjang mlm tu aku dok 'meletup' je. Alhamdulillah, esoknya dah kembali seperti biasa. Kalau masih 'meletup', cam ne aku nak pi ofis & berkuliah. Kes naya tu.

Hari ni rezeki lagi. Kawan ofis aku, Zurina ada bawakan cokodok durian. Boleh le buat alas perut sebab aku tak dan nak bersarapan kerana ada kelas pukul 8.00 pagi. Habis kelas kul 9.00 pagi, tengok masih ada lagi cokodok tu. Apalagi, sambung makan dengan semug milo suam.

Masih murah lagi rezeki utk hari ini krn 2.30 petang nanti ada jamuan Hari Raya oleh pihak kantin. Tp, sebab perut dah berkeroncong sebab hanya makan cokodok pagi tadi, terpaksalah aku beli nasi untuk makan tengah hari. Makanya, sikit je yang boleh masuk perut masa jamuan raya tu sebab dah kenyang.
Sekarang, perut kembali berangin & meletup tapi tak de le macam kelmarin. Hu, hu, hu....!!! Malam ni tak makan nasi sebab dah terlebih makan sepanjang hari. Kasi perut rehat pulak le, ye!!! Daaaaaaah.

Ahad, 1 September 2013

Audit Pensijilan Semula SIRIM (2/9/13 - 3/9/13)




Esok (2/9/13) pembukaan audit & audit pentadbiran & unit2 di POLIMAS.
Lusa (3/9/13) pula audit P&P di Jabatan Perdagangan, POLIMAS. Ketaq, weeeiiii!!! Terselamatkah aku kali ni???

Walau aku terselamat utk FRP, aku masih ada tugas lain yg berkaitan utk di audit iaitu Fail Pemantauan P&P Pensyarah. Pasrah je le.


Mainan di Kala Boring...

I reached 28m in forest.