Aku ingatkan Adam dah bebas dari dijangkiti chicken pox dari Ahda sebab dah lebih seminggu Ahda sembuh dan Adam masih selamat (Errr... kat tempat aku di Terengganu, benda tu dipanggil jintungan). Waktu dapatkan rawatan untuk Ahda, doktor dah bagitau awal-awal lagi yang Adam akan dijangkiti, cuma lambat atau cepat je.
Gambar ehsan Google |
Dalam pukul 10.30 malam tadi, Adam baru balik rumah setelah berbuka puasa bersama pengasuhnya. Dia ngadu gatal kat kaki. Bila aku tengok, jeng, jeng, jeng.....ada lepuhan berisi air. Aku periksa seluruh badan, ada lagi dua biji di dada dan bahu. Maka, dengan ini aku sahkan Adam dah dijangkiti virus chicken pox. Cam ne nak balik beraya ni. Kang satu rumah dijangkiti. Anak-anak adik aku tu rasanya belum pernah kena virus ni. Walaupun virus ni tak serius dan boleh dikatakan biasa, tapi ia ditakuti terutama remaja kerana kalau salah penjagaan, akan meninggalkan parut yang dalam dan kekal.
Aku pernah dijangkiti virus ni sewaktu di Tingkatan 5. Nasib baik tak banyak yang naik di muka. parut yang dalam dan kekal ada di paha. Tapi sekarang dah tak jelas kelihatan. Kesian kat Adam. Cam trauma dia sebab tak leh nak bebas bergaul dengan orang lain. Dia juga asyik salahkan pembawa asal iaitu anak pengasuh dan juga adiknya, Ahda. Sabar je lah.
Di bawah ni serba sedikit maklumat berkenaan Chicken Pox. Maklumat ni aku copy paste dari blog My Halaman/Halaman Ku.
Pengenalan
Chicken
pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih
(mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella
(kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada
semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk
sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui
sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga
berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada
pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.
Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).
Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).
Tanda dan Gejala
Pengidap
chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada
kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada,
belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul
kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.
Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.
Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.
Komplikasi
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2
minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi
teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan
komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk
jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.
Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.
Komplikasi
- Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
- Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
- Orang yang lemah atau
kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum
tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang
yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom
nefrotik.
Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).
Komplikasi akibat chicken pox:
- Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
- Kerosakan otak akibat radangan otak.
Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah
marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
- Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
- Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
Rawatan
- Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
- Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
- Rawatan di rumah
- Sapu losyen calamine.
- Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
- Panadol untuk demam
Pencegahan
Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih. Moga dirahmati.