Iftar aku hari ni dengan cheese burger McD & pie apple McD. Makanya, tak heran le kul 12 malam (pagi ekceli), aku rindu nasi. Aku tanya suami, nak makan nasi ke tak. Dia jawab, "Masak le". Itu bermakna, dia juga tengah lapar.
Dengan semangat waja, aku pun tanak nasi sikit dengan satu jenis lauk simple dimple. Lauk pe? Idea asal adalah Sambal Gesek oleh Kak Jee (leh tengok resepi asal kat sini). Tapi, oleh kerana ikan bilis dah habis, aku gantikan dengan udang kering & udang halus. Cili api pun tak de, maka aku ganti dengan cili boh. Limau pun tak de, aku boh cuka je. Derhaka lagi, aku tambah telur hancur. Muahaha....!!!
Hasilnya seperti gambar di bawah. Habis le sepinggan nasi. Alhamdulillah.
Udang kering bersama telur hancur. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih. Moga dirahmati.