Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Isnin, 19 Ogos 2013

Nasi Arab ke cam gini?

Assalam.

Hari ni adalah hari ketiga aku berpuasa ganti & puasa sunat Syawal. Kelmarin, aku masak sambal ikan bilis tempoyak & telur dadar. Hari ni aku tapau nasi Arab je. Kali ni beli kat Pekan Jitra ll.

Yang menyedihkan ialah ia tak sama macam yang aku beli di Tanah Merah. Nape le kali ni nasi Arab ni macam nasi ayam lak. Siap ada sambal belacan lagi. Sup pun macam sup nasi ayam. Tah le.


Ahad, 18 Ogos 2013

Acik Lana, oooo Acik Lana!!!!

Assalam.

Kegilaan membaca novel kembali bermula. Hari ni aku borong 2 buah novel garapan Acik Lana. Formula yang aku gunakan sebelum membeli ialah pilih yang tebal. Kebetulan Acik Lana punya novel tebal, makanya rezeki dia le.

Aku dah pernah baca novel dia sebelum ni bertajuk "Aku Bukan Mistress". Tapi, hanya 1/4 je dan baca. Aku kena tinggalkan novel tu sebab tu novel sepupu yang aku tumpang rumah dia. Nape tak pinjam. Sebabnya aku di Jitra, sepupuku tu di Kemaman. Mau koyak rabak novel tu sebelum dapat kembali ke tangannya semula.

Kembali pada novel yang aku beli tadi. Tajuknya "Kalau Memang Harus Begitu" dan "Maaf Jika Aku Tak Sempurna". Hari ni kita mulakan dengan "Kalau Memang Harus Begitu".
Ok, itu aje untuk hari ini. Dah.

Jumaat, 16 Ogos 2013

Kerana Aku Yg Memilih Dia

Assalam....

Ini petikan dari cerita pendek yang tah bila akan diterbitkan. Bacalah & fahami.

"Aku miliki hampir segalanya termasuklah penghinaan utk keluargaku. Ha, ha, ha!!!! Sesedap mulut je dia memaki hamun. Sesedap rasa juga aku telan segalanya.
Ingatlah, aku jua manusia, punya hati dan punya rasa. Jika sabarku telah tiada, akan aku tinggalkan segala. Mungkin itu lebih baik dari terus biarkan didera sebegini, mental & fizikal. Fizikal?....Ha, ha, ha....kau jua pernah perlakukan aku sebegitu. Tapi, aku diamkan. Kau jua telah padamkan bahan bukti, juga aku diamkan.

Biarlah. Allah maha adil & maha penyayang. Jika berpisah lebih baik, Kau takdirkanlah ia begitu. Jika sebaliknya, Kau tabahkan aku & kuatkan imanku. Aku redha. Sejahat2 aku & seburuk2 perangai keluarga aku, aku & keluargaku tak pernah menghina & mencaci maki keluargamu. Ingatlah & sedarlah mana asalmu.

Menyedari setiap insan ada lebih & kurangnya, begitu juga aku...aku masih bertahan. Aku sentiasa ingat perihal jgn kerana satu keburukan, kita lupakan kebaikannya yg lain. Yup, dia baik & bertanggungjawab, cuma barannya yg menyeksaku.

Aku jua ada barannya. Kekadang aku terfikir utk mengakhiri segala supaya aku & dia ditemukan dgn insan yg lebih sabar. Ha, ha, ha!!! Hidup tak semudah yg direncanakan. Mungkin si dia sabar..amat sabar tapi....tak bertanggungjawab & pemalas. Lebih teruk, kaki pompuan. MasyaAllah.

Maka, aku ingatkan diriku lagi supaya jgn lupa bahawa setiap insan ada lebih & kurangnya. Tiada satu pun yg sempurna melainkan Kau, ya Allah.

Ya, Allah ampunilah aku. Tabahkan aku. Sesungguhnya, Kau maha mengetahui apa yang baik & tidak baik untukku. Kuterima 'bahagian'ku ini kerana "Aku Yang Memilih Dia".

Sabtu, 3 Ogos 2013

Jintungan @ Chicken Pox

Assalam...

Aku ingatkan Adam dah bebas dari dijangkiti chicken pox dari Ahda sebab dah lebih seminggu Ahda sembuh dan Adam masih selamat (Errr... kat tempat aku di Terengganu, benda tu dipanggil jintungan). Waktu dapatkan rawatan untuk Ahda, doktor dah bagitau awal-awal lagi yang Adam akan dijangkiti,  cuma lambat atau cepat je.

  
Gambar ehsan Google

 Dalam pukul 10.30 malam tadi, Adam baru balik rumah setelah berbuka puasa bersama pengasuhnya. Dia ngadu gatal kat kaki. Bila aku tengok, jeng, jeng, jeng.....ada lepuhan berisi air. Aku periksa seluruh badan, ada lagi dua biji di dada dan bahu. Maka, dengan ini aku sahkan Adam dah dijangkiti virus chicken pox. Cam ne nak balik beraya ni. Kang satu rumah dijangkiti. Anak-anak adik aku tu rasanya belum pernah kena virus ni. Walaupun virus ni tak serius dan boleh dikatakan biasa, tapi ia ditakuti terutama remaja kerana kalau salah penjagaan, akan meninggalkan parut yang dalam dan kekal.

Aku pernah dijangkiti virus ni sewaktu di Tingkatan 5. Nasib baik tak banyak yang naik di muka. parut yang dalam dan kekal ada di paha. Tapi sekarang dah tak jelas kelihatan.  Kesian kat Adam. Cam trauma dia sebab tak leh nak bebas bergaul dengan orang lain.  Dia juga asyik salahkan pembawa asal iaitu anak pengasuh dan juga adiknya, Ahda. Sabar je lah.

Di bawah ni serba sedikit maklumat berkenaan Chicken Pox. Maklumat ni aku copy paste dari blog My Halaman/Halaman Ku.

Pengenalan
Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).
 
Tanda dan Gejala
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).

Komplikasi akibat chicken pox:
  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
Rawatan
  1. Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
  1. Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
  1. Rawatan di rumah
    • Sapu losyen calamine.
    • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
    • Panadol untuk demam 

    Pencegahan

    Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.

Detik 12 Malam

Assalam...

Iftar aku hari ni dengan cheese burger McD & pie apple McD. Makanya, tak heran le kul 12 malam (pagi ekceli), aku rindu nasi. Aku tanya suami, nak makan nasi ke tak. Dia jawab, "Masak le". Itu bermakna, dia juga tengah lapar.

Dengan semangat waja, aku pun tanak nasi sikit dengan satu jenis lauk simple dimple. Lauk pe? Idea asal adalah Sambal Gesek oleh Kak Jee (leh tengok resepi asal kat sini). Tapi, oleh kerana ikan bilis dah habis, aku gantikan dengan udang kering & udang halus. Cili api pun tak de, maka aku ganti dengan cili boh.  Limau pun tak de, aku boh cuka je. Derhaka lagi, aku tambah telur hancur. Muahaha....!!!

Hasilnya seperti gambar di bawah. Habis le sepinggan nasi. Alhamdulillah.


Udang kering bersama telur hancur.

Jumaat, 2 Ogos 2013

Kerana Adam & Abah

Assalam..

Ni kisah hari Rabu lalu. Aku baru 30 minit mulakan kuliah. Tetiba dapat sms & call dari suami mengatakan dia sekarang berada di hospital. Heran gak aku sebab setau aku suami aku tak de sakit pe. Ooo...rupa-rupanya Adam berdarah hidung. Adam telefon dari sekolah bagitau hidungnya berdarah. Ini bukan pertama kali hidungnya berdarah, tapi kali ni pendarahan tak nak berhenti walaupun dia dah basuh kepala. Tu yang dia telefon abahnya.

Yang aku jadi kalut ialah bila suami sms suruh datang hospital segera kerana dia ada temujanji dengan YB. YB mana tah. Akupun batalkan kelas dan terus bergegas ke hospital. Beg sekolah Adam masih di sekolah. Suami kata dia nak ambil on the way nanti. 

Adam berehat di katil wad kecemasan Hospital Jitra.


Selepas selesai berehat dan ambil ubat di farmasi, aku pun balik rumah, nak suruh Adam tukar baju, mandi, dan makan ubat. Pas tu baru nak hantar ke rumah pengasuh. Aku nak segera balik ofis untuk 'marking' kertas ujian yang berlambak tu. Tup, tup...dapat sms dari suami mengatakan temujanji dibatalkan dan suami juga lupa ambil beg sekolah Adam. Bermakna, aku kena tunggu hingga 1.45 tengah hari untuk ke sekolah ambil beg. Sebab pe tunggu 1.45? Hari Selasa Adam balik pukul 1.45 tengah hari. Dia tak mau pi awal sebab dia malu dah tukar baju biasa dan sekolah sekerat hari je.

Dah sampai di sekolah,  Adam buat perangai lagi. Dia tak mau turun pi ambik beg sekolahnya. Aku tak masuk sampai dalam kawasan sekolah. Aku parking kat luar je, maka Adam kena berjalan jauh sikit ke bilik darjahnya. Aku pun naik angin, dan blah dari sekolah tanpa ambil beg. Aku siap ugut biar beg sekolah dia hilang dicuri orang. Tapi, Adam ambil pendekatan, "ada aku kesah". Sadis betul. Aku sakit hati gak pasal minyak kereta aku dah lama merah berkelip, paksa ke sekolah tapi tak nak turun pulak. Budak ni memang  betul le nak habiskan minyak kereta tu.

Aku hantar ke rumah pengasuh, tanpa menunggu dia masuk rumah pengasuh, aku terus pecut. Isi minyak kereta dulu (kalau dak, tak  pasal-pasal ada yang tersadai di tengah jalan). Dalam perjalanan untuk isi minyak tu, aku dok menimbang-nimbang, nak patah balik pergi ambil beg sekolah Adam atau terus ke ofis. Akhirnya, akal waras ku buat keputusan patah balik ke sekolah dan ambil beg Adam. Masa tu budak dah tak ramai. Fuuuhhhh...berpeluh den.

Sampai di ofis, aku pulak kena bersedia untuk mulakan kuliah pukul 3.15 petang. Nasib le guna pendekatan student centered & outcome based learning. Tak de le kalut sangat. Gitu le alkisahnya. Khamis nanti aku akan kalut lagi untuk ganti kelas yang aku cancel kan tu. Rasakan. 

Koleksi Biskut Raya

Assalam...

Dah tinggal 5 hari je lagi nak raya. Jadi, sesuai le aku tayangkan koleksi biskut raya aku ni. Aku beli dengan kawan-kawan je. Beli dengan pembekal yang sama, senang sikit sebab dah tau kualiti dan rasanya.

Ni je yang ada pun. Tak banyak. Cukup untuk penyeri meja di pagi raya je.


Yang ni spesel sikit....pelajarku yang kasi. Mak dia yang buat.

He, he, he....macam banyak sangat biskut raya dia yang dia sibuk nak tayang tu. Kalau banyak dan aku tayang, riak le pulak. Dak gitu. Saje je suka-suka untuk posting dalam blog ni. Idea bukan senang nak datang , beb!  Haaaa....pas ni aku pos gambar baju raya lak. Yang itu sah banyak. Jangan jeles, ek!  Muahahahaha.....dah.