Petua ni dikongsi oleh blog http://mamacomelarissa.blogspot.com/2014/08/tips-mengeluarkan-hingus-dan-kahak-bayi.html?m=1 dan dikongsi pula oleh aku.
Caranya seperti berikut:
- Ambil 2 ulas bawang putih, kupas kulitnya, cucuk pada garfu dan bakar hingga hangus di atas api dapur ga
- Selepas itu, masukkan bawang putih tadi ke dalam mangkuk bersama dengan 4 sudu minyak habbatussauda, atau minyak zaitun atau minyak masak dan hancurkan.
- Apabila bawang putih sudah hancur, tuangkan ke dalam baldi bersih yang berisi air panas sebanyak separuh baldi. Kacau hingga sebati .
- Ibu duduk di atas kerusi dan bayi ditiarapkan dengan dadanya di atas peha ibu. Baldi air panas tadi mesti diletakkan di lantai setentang dengan muka bayi. Pastikan jarak muka bayi dengan baldi tidak terlalu dekat agar muka bayi anda tidak terlalu panas.
- Tepuk belakang badan bayi perlahan-lahan (di kiri dan kanan tulang belakang bayi). Buat sekejap sahaja dalam 1 minit. Jika masih belum keluar, buat lagi 1 minit sehingga hingus dan kahak keluar.
P/s:
Tips ini seeloknya dibuat pada waktu pagi kerana hingus dan kahak banyak pada waktu ini. Bayi yang masih dalam pantang tidak sesuai menggunakan teknik ini kerana bimbang kulit muka bayi tidak tahan wap panas. Seeloknya, sapukan sahaja minyak bawang putih yang dibuat tadi di tapak kaki dan belakang badan bayi.
Selamat mencuba dan moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih. Moga dirahmati.