Pages
Thanks for visiting my blog.
Ahad, 31 Ogos 2014
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Jumaat, 29 Ogos 2014
KEPADA GURU - GURU, Karya A. Samad Said
Assalam...
KEPADA GURU-GURU
Murid sekarang..YaAllah amat menguji keimanan cikgu. Sabarlah cikgu..jgn hilang pertimbangan..
Mana tak Melayu lemah
Di ajar sikit lah payah
Lewat sikit tak payah sekolah
Jeling sikit cikgu di marah
Kuis sikit serang sekolah
Pukul sikit siaplah kes mahkamah
Beli buku tak mampu
Hand phone pintar dlm saku
Mesyuarat PIBG nanti dulu
AJK PIBG hentam cikgu
Dapat bantuan aku dulu
Aku pelanggan
Aku raja
Naik kepala
Cikgu ajar patut patut
Nazir datang cikgu takut
PPD datang cikgu kecut
Fail selori mesti angkut
Cikgu takut bangsa semput
Buat dewan tak boleh guna
Duit habis berjuta juta
Buat sistem sama cerita
Lambat menyiput salahkan sever.
Cara dulu kata tak berkesan
Denda dan rotan ketingalan zaman
Kaedah termoden jadi amalan
Inilah jadinya genarasi idaman
Sepuluh tahun sudah berlalu
Masih sama macam dahulu
Anak bangsa makin tak tentu
Sampai bila kita nak tunggu
Tak siapa pun yang tahu
Kerana matlamat masih buntu...
Cara @ Petua Keluarkan Hingus dan Kahak Bayi
- Ambil 2 ulas bawang putih, kupas kulitnya, cucuk pada garfu dan bakar hingga hangus di atas api dapur ga
- Selepas itu, masukkan bawang putih tadi ke dalam mangkuk bersama dengan 4 sudu minyak habbatussauda, atau minyak zaitun atau minyak masak dan hancurkan.
- Apabila bawang putih sudah hancur, tuangkan ke dalam baldi bersih yang berisi air panas sebanyak separuh baldi. Kacau hingga sebati .
- Ibu duduk di atas kerusi dan bayi ditiarapkan dengan dadanya di atas peha ibu. Baldi air panas tadi mesti diletakkan di lantai setentang dengan muka bayi. Pastikan jarak muka bayi dengan baldi tidak terlalu dekat agar muka bayi anda tidak terlalu panas.
- Tepuk belakang badan bayi perlahan-lahan (di kiri dan kanan tulang belakang bayi). Buat sekejap sahaja dalam 1 minit. Jika masih belum keluar, buat lagi 1 minit sehingga hingus dan kahak keluar.
Tips ini seeloknya dibuat pada waktu pagi kerana hingus dan kahak banyak pada waktu ini. Bayi yang masih dalam pantang tidak sesuai menggunakan teknik ini kerana bimbang kulit muka bayi tidak tahan wap panas. Seeloknya, sapukan sahaja minyak bawang putih yang dibuat tadi di tapak kaki dan belakang badan bayi.
Khamis, 28 Ogos 2014
Our Touch Community ~ Hebahan
Hai, Melayu! Karya A. Samad Said
Rumahmu semua dibina Indonesia
Ekonomi pula dikuasai Cina
Golongan profesional semuanya India
Warung makan pun, Mamak dan Siam yang berkuasa
Warga Bangla pula menjadi jaga
Orang Nepal yang menabur baja
Orang Pakistan usung karpet jaja merata
Lalu Melayu ada apa?
Harapkan ustaz, saling menyesat
Harapkan hiburan, lagi best filem Barat
Harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
Harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat
Jarapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Masih mendabik menjadi tuan?
Sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
Ditipu mentah orang atasan
Konon perjuangan ini untuk kalian!
Kerja sikit, sembang kencang
Banyak rungut, sikit rancang
Siapa tegur, dituduh lancang
Duduk warung, gigit kacang!
Konon kau pantang dicabar
Konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar
Rentakmu makin lama makin hambar
Kau Melayu aku pun Melayu
Aku menulis bukan cemburu
Aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....
Jarimu hebat bertutur di facebook alam maya
Bila berdepan ekonomi semasa kau tidak berdaya
Kau cuma tahu bergaya
Kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya
Pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Kerana hendak bergaya kau gadai pusaka
Bila dah kaya kau jadi puaka
Ini tandanya kau sudah derhaka!
Sedarlah bangsaku
Bukalah mindamu
Bersatulah bangsaku,
kerana Malaya bukan lagi milik mu!
Aku pun Melayu,
engkau pun Melayu,
Bodoh sombong harus ditepis
Riak, bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris
Bersatulah Melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....
Ahad, 24 Ogos 2014
Tentang Nifas
- Jumhur ulama mengatakan bahawa tempoh maksimum ialah 40 hari berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha., beliau berkata: “Pada masa Rasulullah, wanita yang melahirkan berhenti nifas setelah 40 hari.” (Riwayat Abu Daud).
- Sekiranya seseorang wanita itu mengalami nifas dalam tempoh 40 hari, maka itu adalah darah nifas. Namun jika darah masih keluar selepas tempoh 40 hari, maka itu bukan lagi darah nifas sebaliknya itu dikira istihadah dan wajib bagi wanita tersebut mandi dan mengerjakan solat seperti biasa.
- Al-Ja’fariyyah pula berpendapat tempoh nifas yang paling lama ialah 10 hari.
- Mazhab Syafi’i pula mengatakan bahawa tempoh maksimum adalah 60 hari. Pendapat ini berdasarkan pengalaman dan pengamatan Imam Syafi’i yang mendapati terdapat wanita yang mengalami nifas sehingga menjangkau 60 hari. Hadis Ummu Salamah pula menunjukkan tempoh kebiasaan nifas bagi wanita, bukan tempoh maksimum.
Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie, Hanafi, Hanbali dan kebanyakan ulamak mazhab Maliki); sekurang-kurang umur datangnya haid ialah sembilan tahun. Maka menurut pandangan ini, darah yang kelihatan sebelum sembilan tahun bukan darah haid, tetapi darah fasad.
Sebahagian ulamak mazhab Maliki berpendapat; jika darah keluar dari kanak-kanak perempuan antara umur 9 hingga 13 tahun, hendaklah keadaannya ditanya kepada kaum wanita atau doktor yang berpengalaman. Jika mereka mengesahkan bahawa yang keluar adalah haid, maka darah itu adalah haid. Jika tidak, maka ia bukan darah haid.
Wanita yang kedatangan haid –jika umurnya telah genap sembilan tahun mengikut pandangan jumhur tadi-, ia dianggap telah baligh dan dituntut melaksanakan kewajipan-kewajipan Syarak. Ia sama seperti kanak-kanak lelaki yang baligh kerana mimpi hingga keluar mani. Bagi kanak-kanak yang tidak bermimpi atau datang haid, umur balighnya ialah 15 tahun, yakni apabila masuk umur 15 tahun, maka mereka dikira baligh sekalipun tidak datang haid atau tidak berlaku mimpi tersebut.
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a, bahawa beliau berkata:
Dalam menentukan tempoh paling singkat dan tempoh paling panjang bagi haid, para ulamak berbeza pandangan;
a. Menurut Imam Syafi’ie, Atha dan Abu Thur; tempoh haid yang paling singkat ialah sehari semalam (yakni 24 jam) secara berterusan. Tempoh kebiasaan wanita kedatangan haid ialah selama enam atau tujuh hari. Adapun tempoh paling panjang bagi haid ialah lima belas hari. Maka berdasarkan pandangan ini; jika darah yang datang kurang dari sehari semalam atau melebihi lima belas hari, maka ia bukan darah haid tetapi darah penyakit atau istihadhah.
b. Bagi Imam Abu Hanifah dan as-Sauri pula; tempoh haid paling singkat ialah tiga hari dan tempoh paling panjang ialah 10 hari.
c. Mengikut Imam Malik pula, tidak ada batasan bagi tempoh haid yang paling singkat, yakni ada kemungkinan haid datang sedetik sahaja. Adapun tempoh paling panjang, terdapat tiga riwayat dari beliau iaitu; 15 hari, 17 hari atau tiada batasan.
d. Menurut Imam Ibnu Taimiyyah; tidak perlu ditentukan tempoh paling singkat bagi haid dan juga tempoh paling lama baginya, akan tetapi dikira apa yang telah tetap menjadi kebiasaan bagi seorang wanita maka itulah tempoh haid baginya sekalipun tempoh itu kurang dari sehari atau lebih dari 15 hari atau 17 hari. Begitu juga tidak ada had bagi umur paling bawah untuk kedatangan haid dan juga umur paling lama/paling hujung. Sama juga, tidak ada had bagi sekurang-kurang masa suci antara dua haid.
Menurut beliau lagi; bagi perempuan yang mula-mula kedatangan haid (مبتدأة), maka dikira/dihitung sebagai haid darah yang ia lihat selagi ia tidak menjadi mustahadhah (yakni perempuan yang kedatangan istihadhah iaitu darah yang keluar bukan pada masa yang sepatutnya). Begitu juga, perempuan yang berubah kebiasaan hari-hari haidnya (yakni hari-hari kebiasaan haidnya berubah sama ada bertambah atau berkurang atau bertukar pada hari-hari yang lain), maka perubahan itu adalah dikira haid sehinggalah ia mengetahui bahawa darah yang keluar itu bukan haid, tetapi istihadhah kerana darah yang keluar berterusan tanpa henti.
e. Sekurang-kurang haid: Sehari semalam
- Tempoh suci itu tidak melebihi 15 hari
- Darah-darah haid (yang keluar secara keseluruhannya) tidak kurang dari tempoh minima haid iaitu sehari semalam.
- Suci itu hendaklah dikelilingi antara dua darah haid”.
Syarat-syarat darah haid ialah;
a. Warna darah yang keluar menepati ciri-ciri warna darah haid.
b. Seorang wanita itu telah mencapai umur kemungkinan haid. Maka darah yang keluar sebelum umur tersebut tidak dianggap haid.
c. Rahimnya kosong dari anak kerana wanita yang hamil tidak mungkin akan kedatangan haid mengikut jumhur ulamak (kecuali Syafi’ie dan Malik).
d. Hendaklah tempoh kedatangan haid tidak kurang dari tempoh minimanya.
e. Hendaklah kedatangannya tidak melebihi tempoh maksimanya.
f. Hendaklah kedatangannya didahului oleh tempoh suci yang paling pendek (iaitu 15 hari mengikut mazhab Syafi’ie) bagi wanita yang telah biasa kedatangan haid.
g. Tentang ciri-ciri utamanya, Nabi SAW menyifatkan dengan beberapa sifat seperti:
- Keadaannya yang pekat.
- Seperti terbakar (kerana kepanasannya).
- Ia keluar dengan perlahan dan tidak mengalir seperti cairan yang biasa mengalir.
- Bau yang busuk.
- Warnanya yang hitam dan sangat merah.
a. Darah haid tidak bermula dan berakhir dengan satu sifat tertentu sahaja kerana kadangkala ianya berlaku perubahan warna dari satu tahap ke satu tahap. Menurut ulama-ulama mazhab Syafi’e, terdapat 5 warna bagi darah haid: hitam, merah, warna antara keemasan dan merah, kuning dan keruh (warna antara kuning dan putih).
- Hitam.
- Merah.
- Asyqar (warna antara merah dan kuning).
- Kuning.
- Keruh.
(*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih”. (Riwayat Imam al-Bukhari)Adapun selepas hari kebiasaan haid (yakni pada hari-hari suci), maka warna kedua-duanya tidak dianggap darah haid. Ini berdasarkan kenyataan Ummu ‘Athiyyah r.a. yang menyebutkan; “Kami tidak menghitung warna keruh dan juga kuning selepas suci (yakni setelah habis haid) sebagai sesuatu (dari darah haid)”. (Riwayat Imam Bukhari dan Abu Daud).
Tanda Berhentinya Haid.
Tanda-tanda dan pemberitahuan ini merupakan pendapat yang dipegang dalam mazhab Hanafi, Syafi’e dan Maliki.
Apakah caranya untuk memastikan darah haid benar-benar habis?
Dalam kitab al-Aysbah wal Nazair, Jalaluddin al-Sayuti menyebutkan terdapat 20 hukum yang berkaitan dengan haid. (12 HARAM, 8 TIDAK HARAM)
- Sembahyang
- Sujud Tilawah
- Sujud Syukur
- Tawaf
- Puasa
- Iktikaf
- Masuk ke dalam masjid jika dibimbangi mencemarkannya
- Membaca al-quran
- Menyentuh mushaf dan menulisnya
- Bersuci * (menurut satu lagi pendapat oleh pengarang kitab al-Muhazzab)
- Menghadiri orang yang muhtadhar (sakit mati)* (menurut pendapat Al-Muhamili)
- Persetubuhan
- Talaq
- Istimta’ diantara pusat dan lutut
- Baligh
- Mandi
- Iddah
- Istibra’
- Memastikan kebersihan Rahim
- Menerima perkhabaran wanita yang haid
- Jaguar kefardhuan sembahyang
- Tawaf wada’
Comotomo, Engko Ada???
25o ml @ RM68.90 |