Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Ahad, 22 Mac 2020

Nasi Arab Simple1

Resepi ditulis pada 12 Ogos 2016. Baru nak publish.

Bahan Utk Ayam:
1/2 ekor ayam (5 - 6 ketul)
1/4 sk ketumbar *
1/4 sk jintan manis *
1/4 sk lada hitam *
1/2 sk kunyit sebuk
1/2 sk rempah campuran @ rempah kabsah (aku guna rempah campuran biji. Aku sangai sekali dgn rempah di atas tu)
Garam
Serbuk perasa

Sangai bahan yg bertanda * hingga garing. Kmd tumbuk @ kisar hingga menjadi serbuk.

Gaul semua bahan di atas dgn ayam. Biarkan sebentar dan sediakan bahan utk nasi pulak.

Bahan Utk Nasi:
2 cawan beras
1/2 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
Rempah tumis (bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih & kayu manis).
Garam
Serbuk perasa
Kunyit serbuk
Kismis

Kisar bahan bertanda *.
Tekan stir fry & tekan on. Letak 2 sb minyak zaitun @ sapi. Tumiskan bhn rempah hingga wangi. Kmd masukkan bhn kisar, tumis hingga garing. Masukkan ayam dan goreng sebentar.

Keluarkan ayam. Masukkan beras yg telah dibasuh dan kacau hingga rata. Offkan stir fry. Kmd, masukkan air dan garam. Kacau lagi. Akhir sekali susun ayam tadi di atas beras. Tutupkan penutup periuk. Pusing tombol kpd pressure. Tekan high pressure 2 kali dan tekan on. Selepas bunyi beep, offkan periuk dan biarkan hingga tombol tekanan turun sdn baru buka tutup periuk. Keluarkan ayam. Kacau nasi. Letak pewarna @ safron (aku tak letak sebab nan ado) dan kismis.

Susun semula ayam dan tutup semula periuk utk beberapa minit hingga kismis lembut dan kembang. Bolehlah di hidangkan dengan salsa & sambal lada. Aku tak buat sebab tak cukup bahan. Tu sebab namanya Nasi Arab Simple (sebenornya nak boh nama Nasi Arab Bogel. Karang ada yg jadi viral pulak).

Gambar setelah nasi & ayam telah dibelasah oleh suami & anak-anak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.